NATIONAL
Polis terima laporan akaun TikTok palsu guna nama Raja Muda Selangor

Polis menerima laporan berkaitan akaun TikTok yang menggunakan gambar profil dan nama Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.
SHAH ALAM: Polis menerima laporan berkaitan akaun TikTok yang menggunakan gambar profil dan nama Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Ringkasan AI
- Polis menerima laporan tentang akaun TikTok yang menggunakan gambar profil dan nama Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.
- Laporan itu dibuat oleh Istana Selangor setelah mengetahui bahawa akaun tersebut bukan milik Raja Muda Selangor dan telah disahkan sebagai palsu.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Pelaku yang disabitkan bersalah boleh dihukum penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
"Siasatan turut dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali," kata dalam kenyataan di sini hari ini.
Hussein turut menasihatI orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya membuat akaun media sosial yang melibatkan institusi diraja bagi mengelakkan individu tidak bertanggungjawab menyalahgunakan gambar dan video peribadi kerabat diraja.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah, Asisten Superintendan Md Anuar Md Amilah@Harun di talian 0192255597 bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami