Skip to main content

Malaysia

Polis terima laporan baharu terhadap penceramah motivasi

Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.
Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Advertisement

Ringkasan AI

  • Polis menerima satu lagi laporan terhadap penceramah motivasi bebas melibatkan pengadu wanita berusia 19 tahun pada Sabtu.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.
  • Suspek dijangka direman semula pada Isnin di Mahkamah Majistret Kangar untuk siasatan lanjut berhubung laporan baharu itu.

KANGAR: Polis menerima satu lagi laporan terhadap seorang penceramah motivasi bebas pada Sabtu membabitkan seorang pengadu wanita berusia 19 tahun.

Ketua Polis Perlis, Deputi Komisioner Hamzah Hashim berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

"Suspek kini dalam tempoh reman bagi kes terdahulu sehingga hari ini.

"Suspek akan diberi jaminan polis sebelum ditangkap semula oleh Pasukan Risikan dan Operasi Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Kangar bagi tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sebelum ini, media melaporkan penceramah motivasi bebas berkenaan direman selama dua hari sehingga Ahad bagi membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap kanak-kanak.

Lelaki itu ditahan di Sungai Petani, Kedah, kira-kira jam 11 malam Jumaat lalu sebelum dibawa ke Kompleks Mahkamah Kangar bagi permohonan reman.

Hamzah berkata, suspek dijangka direman semula oleh pegawai penyiasat pada Isnin di Mahkamah Majistret Kangar bagi membantu siasatan berhubung laporan baharu itu. -Sinar Harian

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah laporan terbaharu yang diterima polis berkaitan penceramah motivasi bebas? 
    A: Polis menerima satu lagi laporan pada Sabtu melibatkan seorang pengadu wanita berusia 19 tahun terhadap seorang penceramah motivasi bebas.
  • Q: Di bawah seksyen undang-undang manakah kes ini disiasat? 
    A: Kes ini disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.
  • Q: Apakah status reman suspek ketika ini? 
    A: Suspek kini dalam tempoh reman bagi kes terdahulu sehingga hari ini dan akan diberi jaminan polis sebelum ditangkap semula untuk tindakan lanjut.
  • Q: Di manakah suspek ditahan dan dibawa untuk permohonan reman? 
    A: Suspek ditahan di Sungai Petani, Kedah, kira-kira jam 11 malam Jumaat lalu sebelum dibawa ke Kompleks Mahkamah Kangar bagi permohonan reman.
  • Q: Bilakah suspek dijangka direman semula berkaitan laporan baharu? 
    A: Suspek dijangka direman semula oleh pegawai penyiasat pada Isnin di Mahkamah Majistret Kangar bagi membantu siasatan berhubung laporan baharu itu.

Must Watch Video

Advertisement