Skip to main content

Malaysia

Polis terima laporan berhubung video persenda Rukun Negara

SINAR HARIAN
Tular rakaman klip pementasan teater yang dimuat naik pengguna Instagram, didakwa mengandungi unsur penghinaan terhadap institusi raja, Malaysia serta Rukun Negara. Gambar kecil: Fadil
Advertisement

KUALA LUMPUR: Polis menerima laporan berhubung satu video tular yang didakwa mempersendakan Rukun Negara.

Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini pada Jumaat selepas video yang memaparkan satu persembahan pentas dimuat naik menerusi akaun Instagram sebelum dikongsi semula oleh pengguna media sosial lain.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata laporan pertama berkaitan kes itu diterima di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.

"Bagaimanapun, siasatan kes akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

"Kita menjangkakan ada beberapa lagi laporan yang dibuat di seluruh negara dan semuanya akan dirujuk kepada laporan asal di Wangsa Maju," katanya.

Video berkenaan memaparkan lima individu yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman selain mempersendakan lima prinsip Rukun Negara menerusi persembahan tersebut. -Sinar Harian

Must Watch Video

Advertisement