awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis terima laporan kes simbah cat merah di kedai serbaneka UM

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
21/01/2025
12:35 MYT
Polis terima laporan kes simbah cat merah di kedai serbaneka UM
Difahamkan kejadian itu ada kaitan dengan isu penjualan produk sandwich ham dan keju yang mencetus kontroversi, baru-baru ini. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Polis menerima satu laporan berhubung kejadian simbah cat merah di sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM), pada Selasa.
Difahamkan kejadian itu ada kaitan dengan isu penjualan produk sandwich ham dan keju yang mencetus kontroversi, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Brickfileds, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, perkara itu dimaklumkan pekerja kedai berkenaan sebelum satu laporan dibuat polis bantuan IPTA itu pada pukul 8 pagi, Selasa.
"Mengikut laporan itu, kejadian tersebut berlaku kira-kira 12.50 tengah malam tadi (Selasa)," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Kes itu kata Ku Mashariman, disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.
Seksyen itu memperuntukan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Topic Berkaitan
#Institusi Pengajian Tinggi
#universiti malaya
#simbah cat
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan