awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis terima notis perarakan WMMY

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
04/03/2024
20:45 MYT
Polis terima notis perarakan WMMY
Deborah Augustin yang turut merangkap sebagai wakil penganjur perarakan itu berkata, tiada sebab kenapa pihak berkuasa enggan menerima penyerahan notis sebelum ini. - Foto WMMY
KUALA LUMPUR: Pihak polis telah menerima notis perarakan wanita Women’s March Malaysia (WMMY) 2024 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada hari Sabtu ini.
Namun pun begitu, Deborah Augustin yang turut merangkap sebagai wakil penganjur perarakan itu berkata tiada sebab kenapa pihak berkuasa enggan menerima penyerahan notis sebelum ini.
“Dokumen yang kami serahkan pada Isnin adalah dokumen yang sama kami cuba hantar melalui kurier pada hari Jumaat dan Sabtu.
“Dan ia diterima tanpa masalah dan setakat ini, kami masih tidak diberikan sebab kenapa ia(dokumen) itu tidak diterima sebelum ini,” katanya ketika bercakap dengan pemberita di luar ibu pejabat polis daerah Dang Wangi pada Isnin.
Tambahnya lagi, kali ini, pihak polis ada meminta mereka untuk berikan surat rasmi sekaligus dengan borang di mana sebelum ini ia tidak pernah dilakukan.
Dalam nada yang sama, Augustin mengalu-alukan kerjasama dari pihak polis namun tetap bertegas bahawa mereka mempunyai hak untuk melakukan perhimpunan tersebut di bawah kuasa Perlembagaan.
“Setiap tahun, perhimpuanan kami adalah aman dan peserta-peserta kami mematuhi undang-undang dan semua regulasi yang sedia ada di Malaysia.
“Malangnya, gangguan terhadap peserta-peserta yang hadiri perhimpunan tersebut sering dilakukan oleh orang lain dan ia pernah berlaku di jalan raya mahupun di atas talian.”
Perarakan Wanita akan bermula di hadapan pusat beli belah Sogo yang akan berterusan ke Dataran Merdeka.
Topic Berkaitan
#Women s March Malaysia
#Perhimpunan wanita
#Polis Diraja Malaysia
#perarakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan