awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis teruskan siasatan kes khianat api rumah MP Beruas

Bernama
Bernama
19/01/2024
04:01 MYT
Polis teruskan siasatan kes khianat api rumah MP Beruas
Dalam kejadian awal pagi 10 Jan lepas, rumah Ngeh dipercayai dilontar dengan molotov cocktail menyebabkan kebakaran yang memusnahkan sebuah kereta miliknya. - Gambar fail/Sinar Harian
IPOH: Polis masih meneruskan siasatan bagi menjejak suspek dalam kes khianat api terhadap kediaman Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham di Ayer Tawar, Manjung pada 10 Jan lepas.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata setakat ini, tiada tangkapan baharu dilakukan pihak polis bagi kes terbabit.
"Kita masih meneruskan siasatan untuk menjejak suspek, setakat ini tiada (saksi baharu yang dipanggil). Siasatan masih diteruskan, sekarang siasatan (tertumpu) di Perak," katanya kepada Bernama hari ini.
Pada Selasa lepas, lelaki berumur 30-an yang ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api kerana disyaki melontar kediaman Ngeh dengan molotov cocktail dibebaskan dengan jaminan polis.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohamed Nordin Abdullah dalam satu kenyataan pada hari itu berkata lelaki terbabit akan menjadi saksi sekiranya diperlukan.
Justeru, pihak polis memohon orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes kebakaran itu menghubungi pegawai penyiasat ASP Mohd Azalan Ab. Karim melalui talian 019-3927837 bagi membantu siasatan pihak polis.
Dalam kejadian awal pagi 10 Jan lepas, rumah Ngeh dipercayai dilontar dengan molotov cocktail menyebabkan kebakaran yang memusnahkan sebuah kereta miliknya, manakala dua kenderaan lagi mengalami kerosakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ngeh Koo Ham
#molotov cocktail
#polis perak
#teruskan siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan