awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis: Tiada unsur jenayah kes kematian dalam tahanan Tampin

Teoh El Sen
Teoh El Sen
02/06/2013
03:40 MYT
Polis: Tiada unsur jenayah kes kematian dalam tahanan Tampin
Seorang lelaki berumur 43 tahun dilaporkan mati dalam tahanan di balai polis Tampin lewat semalam.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh (kiri) mengesahkan kejadian itu tetapi enggan memberikan maklumat lanjut selain daripada apa yang telah dilaporkan di akhbar.
Bagaimanapun, beliau berkata bahawa siasatan awal menunjukkan tiada unsur jenayah dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai "kematian mengejut".
"Laporan bedah siasat masih belum keluar, jadi saya tidak boleh mengulas lanjut. Kami telah mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut, tidak ada unsur jenayah, "Osman memberitahu Astro Awani.
Tambah beliau, polis akan mengadakan sidang akhbar mengenai perkara itu petang ini.
New Straits Times hari ini melaporkan bahawa P. Karuna Nithi ditemui tidak sedarkan diri oleh anggota polis bertugas sekitar 6.30 petang semalam.
Mengikut laporan itu, polis telah memanggil ambulans dari Hospital Tampin, tetapi pasukan paramedik mengesahkan kematianya apabila sampai di tempat kejadian.
Karuna ditahan Isnin lalu selepas didakwa memukul isterinya di kepala dengan topi keledar di Taman Muhibbah, Gemencheh.
Dia didakwa di Mahkamah Majistret Tampin pada hari Jumaat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan cara berbahaya.
Karuna sepatutnya dihantar ke penjara Sungai Udang di Melaka pada hari beliau didakwa, tetapi perintah itu ditangguhkan sehingga hari Isnin.
Topic Berkaitan
#mati dalam lokap
#Negeri Sembilan
#osman salleh
#polis
#Tampin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan