Polis tidak pernah berhenti atau cuba menutup sebarang siasatan mengenai penemuan kem pemerdagangan manusia dan kubur di kawasan berbukit di Wang Kelian, Perlis seperti dilaporkan sebuah akhbar baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata siasatan kes itu masih berjalan dan pihaknya dalam proses mendakwa beberapa lagi suspek yang terlibat dalam kes berkenaan.
"Sebenarnya polis tidak pernah berhenti atau terdapat cubaan untuk menutup kes berkenaan sebaliknya siasatan masih diteruskan cuma kita tidak menguar-uarkan (berhubung siasatan itu) kepada orang ramai mengenai perkara berkenaan.
"Siasatan masih berterusan dan setakat ini empat orang sudah didakwa dan beberapa lagi dalam proses didakwa malah polis juga telah kenal pasti 10 lagi suspek dipercayai mempunyai kaitan berhubung kes tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kayuhan Basikal Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang di sini Jumaat malam.
Beliau berkata polis juga sedang bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan 10 individu yang dipercayai berada di beberapa negara jiran.
Noor Rashid berkata pihak polis juga akan mengadakan satu sidang akhbar khas berhubung kes itu dalam masa terdekat bagi menjelaskan perkara sebenar supaya semua pihak terutama orang ramai faham situasi terkini mengenainya.
"Polis akan beri penjelasan mengenai perkembangan kes itu dalam masa terdekat cuma saya nak tegaskan kami tidak pernah cuba untuk tutup atau hentikan siasatannya," kata beliau.
Media melaporkan siasatan hampir dua tahun oleh pasukan projek khas sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan mengenai penemuan kem pemerdagangan manusia dan kubur di kawasan berbukit di Wang Kelian, mendedahkan bukti baharu yang cukup mengejutkan.
Hasil siasatan laporan eksklusif itu mendapati wujudnya cubaan untuk menutup kes berprofil tinggi berkenaan yang dilakukan dengan terancang.
Paling mengejutkan, kem pemerdagangan manusia dan kubur di kawasan berbukit sempadan negara itu ditemui pada Januari 2015, namun hanya diumumkan polis pada 25 Mei.
Satu lagi persoalan yang dibangkitkan laporan itu adalah mengenai arahan polis supaya kem itu dimusnahkan sebelum siasatan pihak forensik, sedangkan lokasi tersebut berpotensi sebagai lokasi kejadian jenayah. -- Bernama
Bernama
Fri Dec 22 2017
!['Polis tidak pernah hentikan siasatan kes Wang Kelian' - Noor Rashid 'Polis tidak pernah hentikan siasatan kes Wang Kelian' - Noor Rashid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/41441710522_RohingyaKubur.jpg)
Sejumlah 119 jenazah mangsa pemerdagangan manusia yang dijumpai di Wang Kelian, Perlis, dikebumikan semula di tanah perkuburan khairiah Kampung Tualang di Pokok Sena pada 8 Sept, 2015. - BERNAMA/Fail
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
![Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722055634_tbFadhlinaSidek.jpg)
Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina
Isu pendidikan dan cabaran membina negara khususnya mempertahankan nilai, moral dan agama dibincangkan antara KPM dan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia.
'UMNO perlu guna media sosial dekati pengundi PRU16'
Itu tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, langkah itu perlu kerana kaedah lama sudah tidak relevan dan gerak kerja jentera UMNO perlu mengikut kesesuaian serta keperluan semasa supaya lebih berkesan.
![Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722053039_tbSitiZaharahSulai.jpg)
Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman
Beberapa pemimpin kerajaan dan parti hari ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman.
Bekas Menteri, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia
Sebagaimana dimaklumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Samsuddin di Facebooknya, bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
![Papagomo dibebaskan hari ini, polis sahkan salah faham punca insiden serang Syed Saddiq Papagomo dibebaskan hari ini, polis sahkan salah faham punca insiden serang Syed Saddiq](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/51536275447_PAPAGOMO.jpg)
Papagomo dibebaskan hari ini, polis sahkan salah faham punca insiden serang Syed Saddiq
Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo, akan dibebaskan atas jaminan polis hari ini.
![Polis akan siasat sama ada wujud unsur pemerdagangan manusia Polis akan siasat sama ada wujud unsur pemerdagangan manusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/71550643961_NoorRashidIbrahim.jpg)
Polis akan siasat sama ada wujud unsur pemerdagangan manusia
Polis akan menyiasat sama ada wujud unsur penipuan terhadap 47 rakyat Malaysia yang ditahan di Kemboja.
![Pengganti Ketua Polis Negara, Timbalan diputuskan dalam tempoh terdekat - Muhyiddin Pengganti Ketua Polis Negara, Timbalan diputuskan dalam tempoh terdekat - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/81549714908_Semenyih.jpg)
Pengganti Ketua Polis Negara, Timbalan diputuskan dalam tempoh terdekat - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin berkata, beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung dua jawatan tertinggi polis itu.
![Saman RM300 serta-merta jika lakukan enam kesalahan ini Saman RM300 serta-merta jika lakukan enam kesalahan ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/71548144756_KERETA.jpg)
Saman RM300 serta-merta jika lakukan enam kesalahan ini
Saman maksimum RM300 serta-merta akan dikenakan terhadap pengguna jalan raya yang melakukan enam kesalahan utama sepanjang Op Selamat 14 2019 sempena Tahun Baharu Cina.
![PLUS cadang pasang kamera had laju di Jambatan Pulau Pinang PLUS cadang pasang kamera had laju di Jambatan Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/61447261368_PenangBridge.jpg)
PLUS cadang pasang kamera had laju di Jambatan Pulau Pinang
Pemasangan dan penambahan kamera had laju itu bertujuan mengurangkan kadar kemalangan di lebuh raya.
![Siasatan kematian Adib selesai, butiran semasa inkues - Noor Rashid Siasatan kematian Adib selesai, butiran semasa inkues - Noor Rashid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/71545105670_TBARWAHADIB.jpg)
Siasatan kematian Adib selesai, butiran semasa inkues - Noor Rashid
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melengkapkan kertas siasatan susulan kematian Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya.
![PRK Cameron Highlands: PDRM tingkat jumlah anggota, tangani kesesakan trafik PRK Cameron Highlands: PDRM tingkat jumlah anggota, tangani kesesakan trafik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/41536637755_CameronHighlands.jpg)
PRK Cameron Highlands: PDRM tingkat jumlah anggota, tangani kesesakan trafik
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meningkatkan jumlah pegawai dan anggota sepanjang sebelum dan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.
![One City tuntut penjelasan polis, kaitkan syarikat itu dengan insiden kuil One City tuntut penjelasan polis, kaitkan syarikat itu dengan insiden kuil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/81543287512_KUILMARIAMMAN.jpg)
One City tuntut penjelasan polis, kaitkan syarikat itu dengan insiden kuil
Syarikat pemaju One City Development Sdn Bhd hari ini menuntut penjelasan daripada pihak polis yang mengaitkan mereka dengan insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25.
![Rusuhan kuil: Kerajaan perlu bukti komitmen kepada kaum India - Saravanan Rusuhan kuil: Kerajaan perlu bukti komitmen kepada kaum India - Saravanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/51501832046_DatukMSaravanan.jpg)
Rusuhan kuil: Kerajaan perlu bukti komitmen kepada kaum India - Saravanan
Kerajaan digesa membuktikan komitmen kepada masyarakat India dengan segera mencari penyelesaian dalam insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya.
![Insiden Kuil Sri Maha Mariamman: Waytha Moorthy minta rakyat bertenang Insiden Kuil Sri Maha Mariamman: Waytha Moorthy minta rakyat bertenang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/81543214308_TBKUIL.jpg)
Insiden Kuil Sri Maha Mariamman: Waytha Moorthy minta rakyat bertenang
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P. Waytha Moorthy meminta semua pihak bertenang susulan kekecohan yang berlaku di kuil Sri Maha Mariamman di USJ25, Putra Heights awal pagi ini.