awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tingkatkan rondaan rumah penduduk di Pulau Burung

Bernama
Bernama
18/01/2022
05:34 MYT
Polis tingkatkan rondaan rumah penduduk di Pulau Burung
Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung dilapor terbakar pada kira-kira jam 5 petang Rabu lepas dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela telah membuat penghalang bagi mengelak api terus merebak. - Bernama
NIBONG TEBAL: Polis menjalankan rondaan berkala di kawasan rumah penduduk yang diarahkan berpindah sementara berikutan kualiti udara di kawasan kediaman mereka tercemar akibat kebakaran di Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung, Jalan Byram di sini.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, sehubungan itu, penduduk yang dipindahkan tidak perlu bimbang keselamatan rumah mereka kerana pihak polis telah meningkatkan pemantauan.
"Unit Rondaan Bermotosikal dan Unit Kereta Peronda (MPV) polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) menjalankan rondaan berkala dan pemantauan di kawasan rumah penduduk yang diarahkan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) bagi memastikan keselamatan rumah mereka terjamin dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku," katanya dalam kenyataan di Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), hari ini.
Terdahulu Mohd Shuhaily bersama Ketua Polis Daerah SPS Supt Lee Chong Chern membuat tinjauan ke lokasi kebakaran di Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung dan diberi penerangan berhubung kejadian itu oleh Ketua Zon Perai Tuan Nor Hairulddin Noraidin.
Mengulas lanjut, beliau turut menasihatkan orang ramai terutama penduduk di kawasan berdekatan dengan lokasi tersebut supaya tidak membuat sebarang aktiviti pembakaran secara terbuka kerana akan memburukkan lagi keadaan dan boleh diambil tindakan undang-undang.
Semalam media melaporkan kira-kira 400 penduduk daripada 86 keluarga yang tinggal berhampiran Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung akan dipindahkan sementara atas faktor keselamatan.
Ia berikutan tapak pelupusan sampah itu terbakar pada kira-kira 5 petang Rabu lepas dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela telah membuat penghalang bagi mengelak api terus merebak.
Kebakaran membabitkan kawasan seluas 6.5 hektar daripada keseluruhan 16.2 hektar tapak pelupusan berkenaan dan setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Penduduk
#pencemaran
#Pulau Burung
#kualiti udara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan