Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan satu pasukan khas bagi memburu pembunuh upahan.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pasukan khas itu mengabungkan tiga unit elit.

“Kita akan tangani masalah ini (pembunuh upahan), DIG (Timbalan Ketua Polis Negara) sudah umumkan unit elit kita itu. Ketiga-tiga kita akan satukan, kita gabungkan dan melancarkan operasi mereka yang terlibat,” katanya selepas menghadiri majlis sambutan Hari Raya peringkat Kontinjen Polis Selangor di sini hari ini.

Siasatan menyeluruh juga akan dijalankan termasuk pekerjaan dan perniagaan yang dijalankan mangsa.

Kejadian tembak yang berlaku di khalayak ramai sejak kebelakangan ini meresahkan masyarakat.

Sepanjang tahun ini 16 kes tembak menggunakan senjata api dilaporkan.