KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan 'Geng San Sentosa' apabila ketua dan lima ahli kongsi gelap itu ditahan di beberapa lokasi berasingan di sekitar Selangor dan Pulau Pinang, antara 17 April hingga 14 Sept lalu.
Setiausaha Polis Diraja Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata pihaknya turut merampas empat pucuk pistol bersama lima butir peluru hidup daripada geng yang aktif dalam kegiatan pemerasan, samun, penjaga premis perlombongan bitcoin haram, curi kenderaan dan pecah rumah di sekitar Klang, Selangor.
"Ketua kumpulan kongsi gelap ini telah ditahan pada14 Sept bersama seorang lelaki, kedua-duanya warga tempatan, ketika kedua-dua suspek hendak masuk ke dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux berwarna merah di Jalan Raja Musa, Pelabuhan Klang.
"Pemeriksaan lanjut kenderaan tersebut telah menemukan sepucuk pistol jenis revolver 'single action' jenama Colt yang disorok di bawah tempat duduk pemandu. Hasil pemeriksaan di rumah suspek di Jalan Bendahara Taman Mewah Ria Klang, Selangor pula menjumpai sebutir peluru hidup jenis 9mm," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Noorsiah berkata semakan lanjut mendapati ketua kumpulan itu mempunyai 11 rekod jenayah lampau berkaitan kes senjata api serta curi kenderaan dan juga merupakan 'orang dikehendaki' berkait kes senjata api di Petaling Jaya, Selangor pada 17 April 2022.
Beliau berkata dua lagi ahli kumpulan tersebut, kedua-duanya lelaki tempatan ditahan pada 17 April lepas di Petaling Jaya serta merampas sepucuk pistol, manakala seorang lagi juga lelaki ditahan pada 15 Jun di Taman Sentosa, Klang dan merampas sepucuk pistol jenis revolver.
"Seorang lagi lelaki warga tempatan ditangkap di kawasan Butterworth, Pulau Pinang dan polis turut merampas sepucuk pistol berserta empat butir peluru hidup pada 13 Sept," katanya.
Beliau berkata kesemua senjata api itu tidak berlesen dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971, yang membawa hukuman penjara 14 tahun dan juga hukuman sebat tidak kurang daripada tiga kali dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun.
"PDRM menyeru agar masyarakat menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian yang menyalahi undang-undang, dalam usaha membanteras kegiatan jenayah dan memastikan keselamatan serta ketenteraman awam terpelihara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 15 2022
Polis menumpaskan 'Geng San Sentosa' apabila ketua dan lima ahli kongsi gelap itu ditahan di beberapa lokasi berasingan di sekitar Selangor dan Pulau Pinang, antara 17 April hingga 14 Sept lalu.
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Polis tumpaskan 'Geng San Sentosa', tahan enam suspek, rampas empat pistol
Polis menumpaskan 'Geng San Sentosa' apabila ketua dan lima ahli kongsi gelap itu ditahan di beberapa lokasi berasingan di sekitar Selangor dan Pulau Pinang, antara 17 April hingga 14 Sept lalu.