awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
PERKESO giat tarik penjaja, peniaga kecil carum Lindung Kendiri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Politik tidak berkesudahan buat rakyat jemu - Annuar Musa

Firdaus Azil
Firdaus Azil
04/03/2020
09:23 MYT
Politik tidak berkesudahan buat rakyat jemu - Annuar Musa
Wakil rakyat dari kedua-dua belah pihak harus mula memberi fokus kepada tanggungjawab masing-masing demi menjaga kebajikan rakyat
Politik yang tidak berkesudahan hanya akan mengakibatkan rakyat jemu dan muak, tegas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata, cadangan Pakatan Harapan (PH) untuk membentangkan undi tidak percaya pada sesi Dewan Rakyat akan datang hanya akan merencatkan lagi agenda tadbir urus negara, yang ketika ini terganggu akibat peralihan kuasa.
Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, adalah lebih baik sekiranya wakil rakyat daripada kedua-dua pihak mula memberi fokus kepada tanggungjawab masing-masing demi menjaga kebajikan rakyat yang mengundi mereka.
“Kita ini sudah lama berpolitik tak berkesudahan. Dan saya fikir rakyat mungkin akan jemu dengan gelagat kita wakil rakyat ini kalau tak sudah duduk timbulkan suasana sehingga kita tertinggal tugas sebenar sebagai Ahli Parlimen, di mana rakyat ada banyak masalah dan expectation seperti ekonomi, keselamatan, kesihatan, dan sebagainya.
“Lebih baik kalau wakil rakyat dari kedua-dua belah pihak mula memberi fokus kepada agenda rakyat, dari hanya mementingkan kepartian sahaja. Marilah kita terima tanggungjawab sebagai wakil rakyat,” katanya dalam sidang media di Menara Dato’ Onn, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan PH yang ingin membentangkan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam pada itu, Annuar berkata, beliau sudah mendapat arahan daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi menubuhkan sekretariat yang akan dianggotai kesemua Setiausaha Agung parti politik berkaitan gagasan Perikatan Nasional termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Menurut Annuar, sekretariat itu akan ditubuhkan bagi memastikan kelancaran agenda kerjasama antara parti politik di bawah Perikatan Nasional.
Topic Berkaitan
#agenda
#Annuar Musa
#Barisan Nasional
#keselamatan
#menteri
#Muafakat Nasional
#Muhyiddin Yassin
#Perikatan Nasional
#politik
#PPBM
#UMNO
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan