PUTRAJAYA: Ponteng atau gagal hadir bertugas antara faktor popular seorang penjawat awam dikenakan tindakan tatatertib termasuk digantung dari perkhidmatan awam.
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri Zainal Rahim Seman berkata, pada tahun lalu, seramai 14 penjawat awam telah digantung kerja manakala 28 yang lain dikenakan hukuman tahan kerja.
"Ada yang gagal hadir bertugas berhari-hari, bulanan malahan ada juga kes cuti tahun tanpa diketahui," katanya pada majlis SPA bersama media di sini pada Isnin.
Ujar beliau, perkara tersebut tidak sewajarnya berlaku kerana setiap ahli perkhidmatan awam telah dibekalkan dengan tatacara.
"Harus ingat, kita ada tindakan tatatertib yang pelbagai termasuklah hukuman dikenakan, jadi mereka tidak terlepas dari hukuman," kata Zainal.
Menurutnya, SPA akan bertindak selepas kes tatatertib dibawa oleh ketua jabatan atau lembaga tatatertib setiap kementerian.
"Selalunya hukuman rendah adalah amaran diikuti turun pangkat atau dibuang kerja sekiranya melakukan kesalahan.
"Jika disabitkan oleh mahkamah, kita akan buang," katanya.
Selain digantung dan ditahan kerja, seramai 51 penjawat awam berdepan dengan tindakan tatatertib tahun lalu.
Sebanyak 498 kes rayuan tatatertib turut direkodkan tahun sama.
Zainal berkata, setiap permohonan penjawatan perkhidmatan awam akan melalui proses tapisan keselamatan polis.
"Selain itu tapisan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut dilaksanakan bagi memastikan hanya calon yang benar-benar bersih melepasi temu duga," katanya.
Statistik tindakan tatatertib menunjukkan penurunan selama tiga tahun berturut-turut dengan 117 orang berdepan dengan tindakan itu pada tahun 2020 dan 83 individu pada tahun seterusnya.
Bagaimanapun hukuman gantung kerja meningkat apabila sembilan orang dilaporkan pada tahun 2020, (10) 2021 dan (14) 2022.
Sementara itu mengulas mengenai laporan pengabaian 500 aduan salah laku oleh SPRM baru-baru ini, Zainal berpendapat ia sepatutnya diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk tindakan.
Ini kerana katanya, JPA mempunyai jawatankuasa khas yang memantau Laporan Ketua Audit Negara (LKAN).
Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mendedahkan bahawa beberapa agensi kerajaan mengabaikan lebih 500 laporan salah laku kakitangan mereka, walaupun pihaknya mengesyorkan untuk mengambil tindakan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 22 2023
Zainal Rahim berkata, pada tahun lalu, seramai 14 penjawat awam telah digantung kerja manakala 28 yang lain dikenakan hukuman tahan kerja. - Gambar/ Sinar Harian
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Negara perlu 6,000 veterinar tampung keperluan industri
Malaysia juga berhasrat untuk memenuhi nisbah seorang doktor haiwan kepada 5,000 penduduk.
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah.
Kerajaan proaktif tangani ajaran sesat masuk ke negara ini
Kerajaan sentiasa ambil langkah proaktif sekat penyebaran ajaran sesat ataupun fahaman yang bertentangan dengan akidah umat Islam di negara ini.
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Ponteng kerja antara faktor popular penjawat awam kena tatatertib
Ponteng atau gagal hadir bertugas antara faktor popular seorang penjawat awam dikenakan tindakan tatatertib termasuk digantung dari perkhidmatan awam.
Pekerja hospital disiasat ponteng kerja selama 15 tahun
Seorang pekerja di sebuah hospital Itali didakwa tidak hadir ke tempat kerja selama 15 tahun namun dibayar gaji selama tempoh itu.
Ponteng kerja 2,000 hari, masih diberi peluang - Mahdzir
Penjawat awam terikat kepada integriti sebagai kakitangan awam dan mereka seharusnya mengelak dari dikenakan tindakan buang kerja.