awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Pork Meat Test' bukan untuk kesan DNA babi

Bernama
Bernama
07/02/2019
10:20 MYT
'Pork Meat Test' bukan untuk kesan DNA babi
Produk 'Pork Meat Test' ini adalah satu daripada mekanisme saringan berasaskan prinsip immunokromatografi iaitu ikatan antigen antibodi yang digunakan untuk mengesan unsur protein babi. - www.iftitah.com.my
Iftitah Solutions (M) Sdn Bhd, pemilik jenama Rapidtest dan produk Pork Meat Test menegaskan bahawa produk itu bukan berfungsi untuk mengesan DNA babi seperti ditularkan dalam media sosial baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Syukor Othman berkata, sebaliknya produk itu adalah satu daripada mekanisme saringan berasaskan prinsip immunokromatografi iaitu ikatan antigen antibodi yang digunakan untuk mengesan unsur protein babi.
"Kami ingin menjelaskan bahawa Pork Meat Test adalah alat yang sesuai digunakan oleh pengguna sebagai mekanisme saringan terhadap produk yang diragui selain amat berguna kepada pelancong luar negara.
"Ujian yang dilakukan lebih kepada usaha individu meningkatkan keyakinan mereka terhadap sesuatu produk yang sebelum ini tidak mempunyai sebarang mekanisme ujian yang dapat dijalankan sendiri," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Beliau turut menegaskan bahawa keputusan ujian itu hanyalah untuk menentukan kehadiran unsur protein babi dan bukan penentuan halal dan haram sesuatu produk.
"Kami berpendirian bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) adalah badan berkuasa untuk menentukan status halal atau haram dan Jabatan Kimia Malaysia adalah pihak yang perlu dirujuk dalam penentuan kandungan dalam sesuatu produk," katanya.
Sebelum ini, tersebar mesej mengenai syarikat itu yang didakwa sebagai pengedar produk pengesan kandungan DNA babi dalam makanan yang kaedah mengesan DNA tersebut adalah melalui kit pengesan yang boleh diketahui keputusannya dalam masa hanya 10 minit.
Susulan itu Jakim menjelaskan, hanya keputusan oleh makmal Jabatan Kimia Malaysia sahaja yang boleh dijadikan bukti bagi mana-mana kes pengesanan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk makanan. -- Bernama
Topic Berkaitan
#dna babi
#iftitah solutions
#pork meat test
#produk halal
#rapidtest
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan