awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut, seorang cedera dalam insiden tembakan di New South Wales, Australia
Starmer bimbang penglibatan Putin dalam Lembaga Keamanan diperkenalkan Trump
Jururawat Jerman dipenjara mungkin dikaitkan dengan lebih 100 kematian - Pendakwa raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Port Dickson, Johan Setia rekod kualiti udara tidak sihat

Bernama
Bernama
19/07/2025
09:45 MYT
Port Dickson, Johan Setia rekod kualiti udara tidak sihat
Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Port Dickson merekodkan bacaan IPU 124 manakala Johan Setia mencatatkan IPU 109. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Port Dickson, Negeri Sembilan dan Johan Setia, Selangor mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini.
Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Port Dickson merekodkan bacaan IPU 124 manakala Johan Setia mencatatkan IPU 109.
Sementara itu, 60 kawasan lain mencatatkan IPU tahap sederhana antaranya Banting, Selangor (94), Cheras, Kuala Lumpur (89), Nilai, Negeri Sembilan (86), Kota Bharu, Kelantan (85), Kuala Terengganu, Terengganu (84) dan Sungai Petani, Kedah (83).
Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.
Data IPU itu dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.
Topic Berkaitan
#jerebu
#pencemaran udara
#IPU
#Port Dickson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan