PUTRAJAYA: Portal MyTax milik Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang mengalami gangguan teknikal sejak pagi tadi kini telah pulih sepenuhnya dan beroperasi seperti biasa.
Dalam kenyataan hari ini, LHDN memaklumkan sepanjang tempoh gangguan, portal MyTax masih boleh diakses, namun sebahagian pengguna mengalami kelewatan capaian sistem.
Advertisement
"LHDN komited memastikan sistem perkhidmatan berada pada tahap optimum demi kemudahan semua pembayar cukai," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa sejak perkhidmatan e-Filing dibuka semalam, LHDN telah menerima lebih 320,000 Borang B dan Borang BE daripada pembayar cukai individu bagi tahun taksiran 2025.
"Jumlah ini menggambarkan tahap pematuhan dan komitmen berterusan pembayar cukai dalam menunaikan tanggungjawab percukaian secara sukarela.
"LHDN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta mengucapkan terima kasih atas kesabaran dan kerjasama semua pembayar cukai," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA