Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan mencadangkan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) kerana mendapati keperluan satu undang-undang khas bagi membanteras kegiatan keganasan di negara ini malah sejak kebelakangan ini terdapat rakyat Malaysia yang terbabit dengan kegiatan itu di luar negara.
Timbalan perdana menteri berkata akta baharu itu memberi kuasa eksekutif kepada Lembaga Pencegahan Keganasan yang anggotanya dilantik Yang di-Pertuan Agong.
POTA tidak memberi kuasa kepada menteri untuk melaksanakannya dan kerajaan memberi jaminan tidak ada campur tangan dengan kuasa politik, katanya mengenai rang undang-undang itu yang baru diluluskan Dewan Rakyat, dalam sesi soal jawab pada Majlis Perjumpaan Bersama Rakyat Malaysia di sini malam tadi.
Beliau menegaskan POTA tidak sama seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan.
"Ada orang membuat dakwaan kononnya POTA adalah 'ISA 2' dan dakwaan ini tidak benar kerana ia khusus untuk menangani masalah berkaitan keganasan," katanya sambil menjelaskan bahawa orang yang ditahan boleh menemui waris serta mendapat khidmat peguam pilihan masing-masing.
Rang Undang-undang POTA diluluskan di Dewan Rakyat awal pagi semalam setelah perbahasan mengenainya mengambil masa sehingga 12 jam apabila pihak pembangkang terus menekankan tanggapan ia sama seperti ISA.
Muhyiddin turut kesal dengan pelbagai tohmahan yang dilemparkan terhadap kerajaan mengenai usaha melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) termasuk kononnya ia bertujuan untuk membayar hutang kerajaan.
GST bukanlah untuk membayar hutang sebaliknya bertujuan untuk menambah baik sistem pencukaian negara malah Malaysia adalah negara ke-161 di dunia yang melaksanakan cukai itu.
Beliau berkata GST bertujuan memperbaiki kelemahan sistem percukaian sebelum ini dan mengatasi ketirisan kerana terdapat pihak yang mengenakan cukai terhadap pengguna tetapi tidak membayarnya kepada kerajaan.
"Kita berilah sedikit masa untuk stabilkan harga selepas GST ini dilaksanakan dan kerajaan bersedia menerima sebarang aduan daripada rakyat menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan serta Jabatan Kastam," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, timbalan perdana menteri berkata terdapat banyak lagi ruang dan peluang yang harus ditingkatkan dalam usaha mempererat hubungan antara Malaysia dan Indonesia.
Katanya walaupun lawatannya di Jakarta adalah singkat namun beliau akan membincangkan banyak perkara mencakupi bidang ekonomi, pendidikan dan sosiobudaya.
Muhyiddin berkata nilai dagangan antara Malaysia dan Indonesia adalah sebanyak USD20.61 bilion pada tahun 2014 dan ia menurun berbanding tahun 2013, sebanyak USD23.98 bilion.
"Malaysia adalah negara ketiga pelabur terbesar di Indonesia dan kita akan berusaha meningkatnya lagi," kata beliau.
Beliau berkata dalam bidang pendidikan pula, Malaysia sememangnya berhasrat menjadi hab pendidikan bagi Asia dan akan membuka ruang kepada pelajar asing untuk memasuki institusi pengajian dengan sasaran sebanyak 200,000 orang.
Selain itu terdapat cadangan menjadikan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia sebagai lingua franca di peringkat antarabangsa dan ia akan diusahakan oleh sebuah jawatankuasa bersama antara kedua-dua buah negara.
Muhyiddin berada di Jakarta sejak semalam dalam rangka lawatan kerja tiga hari dan beliau dijadual bertemu dengan Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla hari ini.
Bernama
Wed Apr 08 2015
Timbalan perdana menteri berkata akta baharu itu memberi kuasa eksekutif kepada Lembaga Pencegahan Keganasan - Gambar Fail
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
Pilkada 2024: Krisdayanti, Rano Karno antara artis berentap jawatan penting
Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) 2024 turut diserikan dengan kehadiran ramai artis dan selebriti bertanding untuk jawatan penting.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah.
Mayat wanita tanpa kepala disumbat dalam karung
Penemuan mayat tanpa kepala menggemparkan penduduk di Jakarta pada awal minggu lalu.
Majlis angkat sumpah Prabowo sebagai Presiden Indonesia ke-8 Ahad ini
Prabowo Subianto dan Gibran Rakabuming Raka masing-masing akan mengangkat sumpah jawatan Presiden dan Naib Presiden Indonesia.
'Nike Ardilla' tampil di Synchronize Fest 2024, buatkan penonton terbuai dengan nostalgia
Nike Ardilla beri persembahan secara Metahuman, menghadirkan memori yang cukup indah buat pengunjung festival musik itu.
Tular pemimpin tertinggi Katolik kucup tangan Imam Besar Jakarta
Paus Fransiskus bertemu Nasaruddin dalam satu acara dialog bersama tokoh-tokoh agama sempena kunjungannya ke Indonesia.
Pusat Kajian Asia Tengah pertama dibuka di Indonesia
Pusat ini akan memberi tumpuan kepada mengkaji proses potensi, sosiopolitik dan sosioekonomi di Kazakhstan dan negara Asia Tengah yang lain.
Lawatan Pope ke Jakarta: Tiga MoU ditandatangani perkukuh agenda persaudaraan manusia sejagat
Pope Francis tiba di Jakarta pada Selasa untuk lawatan tiga hari di Indonesia yang disifatkan sebagai permulaan kepada siri lawatan paling panjang dan jauh pernah dilakukannya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
88 kes mpox dikesan di Indonesia
Taburan kes termasuk 59 di Jakarta, 13 di Jawa Barat, sembilan di Banten, masing-masing tiga di Jawa Timur dan Yogyakarta dan satu di Kepulauan Riau.