awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

POTA lulus tunjuk solidariti anggota parlimen kerajaan - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
07/04/2015
04:36 MYT
POTA lulus tunjuk solidariti anggota parlimen kerajaan - Ahmad Zahid
POTA 2015 yang diluluskan Dewan Rakyat pagi ini menunjukkan wujud kekuatan solidariti dalam kalangan anggota Parlimen. - Gambar Fail
Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (POTA) 2015 yang diluluskan Dewan Rakyat pagi tadi menunjukkan wujud kekuatan solidariti dalam kalangan anggota Parlimen kerajaan dalam usaha mencegah keganasan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata walaupun terdapat beberapa bantahan berhubung beberapa fasal dalam rang undang-undang itu oleh pembangkang, namun kelulusan POTA menunjukkan undang-undang tersebut amat diperlukan.
"Alhamdulillah walaupun sembilan kali undi belah bahagian kerana terdapat bantahan terhadap beberapa fasal, namun solidariti yang ada pada ahli Parlimen memungkinkan POTA lulus, demi kepentingan rakyat dan negara," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Rang Undang-Undang POTA 2015 diluluskan tanpa pindaan pada pukul 2.25 pagi tadi selepas dibahaskan lebih 12 jam.
Dalam pada itu Ahmad Zahid mengulangi jaminan bahawa POTA tetap akan menjaga hak asasi manusia seperti diminta oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan tidak mengetepikan elemen perundangan yang menjadi kekhuatiran sesetengah pihak.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Parlimen
#pota
#Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan