awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Potongan KWSP kepada suri rumah belum muktamad - TPM

Sinar Harian
Sinar Harian
07/06/2018
15:14 MYT
Potongan KWSP kepada suri rumah belum muktamad - TPM
Dr Wan Azizah bersalaman dengan sebahagian Pegawai-pegawai Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). -Sinar Harian
Kerajaan belum mencapai kata putus berhubung caruman tambahan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang akan dipotong dari gaji suami kepada suri rumah, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berkata, ada beberapa perkara teknikal perlu diteliti termasuk peraturan KWSP sebelum keputusan boleh dibuat.
“Kita telah berjumpa dengan mereka (Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan) dan saya berasa gembira selepas pertemuan itu. Cuma ada masalah sedikit. Kerana mengikut Seksyen 51 Peraturan KWSP, tidak boleh disentuh caruman yang diberikan suami (11 peratus).
“Ketika ini, apa yang ada adalah Skim Persaraan 1Malaysia yang mana suami boleh secara sukarela memberi 'hadiah' sebanyak RM250 setahun. Jadi kita perlu cari skim yang sesuai dan cara pelaksanaan terbaik untuk laksanakan caruman tambahan. Saya sudah bercakap kepada Menteri Kewangan, 'kita kena teliti Peraturan KWSP) dulu," katanya selepas lawatan rasmi di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), di sini, hari ini.
Kerajaan dan KWSP, sebelum ini dilaporkan sedang membincangkan mekanisme pelaksanaan pemotongan caruman selain keperluan potongan caruman kepada suami mempunyai isteri lebih dari satu atau suami berstatus ‘househusband’.
Mekanisme ini penting kerana ia bergantung kepada siapa yang layak serta kaedah untuk mencarum.
Sebanyak dua peratus daripada pendapatan suami akan dipotong untuk caruman dan bagi yang layak, kerajaan akan memberikan insentif tambahan, RM50.
Pemotongan caruman tambahan itu kepada golongan suri rumah antara janji Pakatan Harapan (Harapan) pada PRU14 lalu.
Topic Berkaitan
#EPF
#KWSP
#Pakatan Harapan
#PRU14
#Shahril Ridza Ridzuan
#Timbalan Perdana Menteri
#Wan Azizah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan