PPBM Bahagian Pasir Gudang pada Ahad mendesak Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, pengerusi Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dan setiausaha peringkat negeri, Datuk Osman Sapian melepaskan jawatan berikutan pemilihan calon wakil rakyat PPBM di negeri itu yang didakwa sebagai 'bercelaru'.
Setiausaha Kerja PPBM Bahagian Pasir Gudang, Norzri Mokhtar berkata pemilihan calon yang dibuat oleh pimpinan tertinggi PPBM tidak seperti yang diputuskan dalam mesyuarat ketua-ketua bahagian sebelum ini.
"Dalam mesyuarat itu, sebulat suara telah mempersetujui ketua bahagian akan bertanding di kawasan masing-masing. Tapi sebaliknya yang berlaku," katanya pada sidang media khas di sini pada Ahad.
Menurutnya, beliau bersama ketua bahagian PPBM Pasir Gudang, Dr Hashim Yusoff telah bertungkus lumus menaikkan PPBM sejak September 2016 namun terkilan kerana nama Dr Hashim tidak dicalonkan.
Norzi berkata mereka telah berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin untuk meminta penjelasan dan sebab Dr Hashim tidak dicalonkan dan alasan yang beri bahawa Dr Hashim tidak mempunyai wang yang cukup untuk bertanding.
Beliau berkata tiada seorang pun daripada pihak atasan parti cuba mendapatkan respons daripada Dr Hashim.
Menurutnya, terdapat lebih dari lima kes berkaitan ketua bahagian yang tidak bertanding di kawasan masing-masing tetapi dipindahkan ke kawasan lain yang turut mempunyai ketua bahagian di kawasan itu.
Beliau berkata tindakan tersebut mengundang rasa tidak puas hati dan rasa sangsi bahagian terhadap kepimpinan tertinggi di negeri itu.
"Saya dan rakan-rakan sudah hilang kepercayaan terhadap pimpinan presiden. Saya meminta mereka meletakan jawatan dengan serta merta kerana perjuangan mereka sudah tidak berintegriti lagi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 06 2018
PPBM Bahagian Pasir Gudang desak Muhyiddin, pengerusi Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dan setiausaha peringkat negeri, Datuk Osman Sapian melepaskan jawatan. - Gambar fail
Usul bahas laporan RCI Batu Puteh bukan untuk dakwa mana-mana pihak - Azalina
Perbahasan laporan RCI bagi membolehkan kerajaan mengambil cadangan serta keputusan untuk memperbaiki kelemahan berkaitan kes berkenaan.
Kastam gagalkan penyeludupan dadah lebih setengah juta ringgit
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup dadah selepas merampas 233.14 kilogram (kg) daun khat, kanabis, dan methamphetamine dianggarkan bernilai RM546,708.
Pertumbuhan industri tenaga bersih dijangka kurangkan tumpuan kuasa besar ke atas Syria - Pakar
Penganalisis Geopolitik dan Hubungan Antarabangsa, Dr. Zokhri Idris berkata pertumbuhan industri kenderaan elektrik (EV) dan tenaga bersih dijangka akan mengurangkan campur tangan kuasa-kuasa besar di Asia Barat secara umum dan Syria khasnya. Jelasnya, kebergantungan yang semakin menurun terhadap sumber petroleum dan gas asli akan menjurus kuasa-kuasa besar untuk memberi tumpuan kepada persaingan teknologi. #DialogTigaPenjuru
HTS perlu perkenalkan identiti bangsa, menggantikan Baathisme - Pakar
Presiden International Movement for a Just World (JUST), Dr. Chandra Muzaffar berkata kerajaan baharu Syria pimpinan Hayat Tahrir al-Sham (HTS) perlu mencapai kata sepakat mengenai identiti dan ideologi baharu bangsa itu. Jelasnya, aliran Baathisme yang di bawa oleh rejim Assad yang berakar di Syria jelas mempunyai kelemahan tersendiri. #DialogTigaPenjuru
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan. #AWANInews
Kes Wan Saiful: Lebih RM900,000 dimasukkan ke akaun bank tiga syarikat
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu wang berjumlah RM976,380 dimasukkan ke dalam akaun bank tiga syarikat menerusi lima transaksi, dua tahun lepas.
Kerajaan baharu Syria perlu selesaikan isu pelarian dalaman - Pakar
Profesor Pengajian Keselamatan dan Strategik Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam berkata isu 6.9 juta pelarian dalaman perlu diberikan tumpuan oleh kerajaan baharu Syria. Jelasnya, ini merupakan antara cabaran besar yang bakal menguji keupayaan kerajaan baharu pimpinan Hayat Tahrir al-Sham (HTS). #DialogTigaPenjuru
Titah Adendum: 'Saya tidak dendam dengan Najib, saya PM kena adil' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak berdendam dengan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu Lembaga Pengampunan dan titah adendum.
Langgar bon parti: PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Saifuddin akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar oleh Zuraida daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Orang Pengerang nak cari ikan dah kena halau - Azalina
"Orang Pengerang nak cari ikan dah kena halau dengan kerajaan, agensi maritim Singapura," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Presiden UMNO adakan pertemuan tertutup bersama 14 ketua bahagian di Kelantan
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama 14 Ketua UMNO Bahagian Negeri Kelantan.
Pemilihan UMNO: Hampir semua ketua bahagian di Perak kekal
Hampir semua Ketua UMNO Bahagian di Perak berjaya mengekalkan jawatan masing-masing pada Pemilihan UMNO yang dijalankan pada Sabtu.
Majoriti Ketua Bahagian UMNO tolak usul desak PM campur tangan kes SRC - Sumber
Ramai ketua bahagian yang hadir mesyuarat tersebut tidak bersetuju dengan arahan yang dikeluarkan pemimpin utama UMNO.
Mesyuarat Tergempar UMNO: 'Makan tengah hari saja, dah lama tak makan bersama' - Sumber
Menurut sumber, majlis makan tengah hari itu diadakan memandangkan kali terakhir ia berlangsung pada dua tahun lepas.
Rasuah RM29 juta: Ketua perancang bahagian syarikat penghantaran direman
Seorang individu berusia 43 tahun yang merupakan ketua perancang bahagian di syarikat penghantaran direman enam hari bermula hari ini.
Perjumpaan 191 bahagian UMNO bersama Zahid. Apa intipati perjumpaan?
Mesyuarat tersebut diadakan bagi membincangkan hala tuju UMNO terutamanya mengenai kerjasama dengan Bersatu.
20 Ketua Bahagian Bersatu Johor nyata sokongan kepada Muhyiddin
Sokongan mereka itu dimaklumkan dalam kenyataan yang dikeluarkan malam tadi selepas mesyuarat khas Bersatu Johor di ibu pejabatnya di Kempas di sini.
Pemilihan Bersatu: Hanya ahli bekas UMNO yang bersih boleh bertanding - Dr Mahathir
Mengikut peraturan, mereka tidak boleh bertanding, tetapi kita memberi pengecualian dalam kes tertentu, yang tidak terbabit dalam sebarang perbuatan jenayah, kata Dr Mahathir.
Selepas lebih 40 hari diluluskan, Putra berjaya lantik 124 ketua penaja bahagian
Kesemua ketua penaja tersebut kebanyakannya terdiri dalam kalangan tokoh akademik, pensyarah serta bekas pegawai tinggi polis dan tentera.
Ismail Sabri letak jawatan Pengerusi UMNO Selangor, Mat Nadzari memangku
Ismail berkata menerusi mesyuarat khas yang berlangsung pada 5 April lalu, beliau menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatan itu berkuat kuasa pada 1 Mei lalu.