awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

20 Ketua Bahagian Bersatu Johor nyata sokongan kepada Muhyiddin

Bernama
Bernama
17/06/2020
21:08 MYT
20 Ketua Bahagian Bersatu Johor nyata sokongan kepada Muhyiddin
Bersatu Johor juga berharap agar ahli-ahlinya akan terus kekal setia dan mengukuhkan parti di peringkat bahagian masing-masing.
Sebanyak 20 Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor malam tadi menyatakan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden dan Pemangku Pengerusi parti itu serta sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan.
Sokongan mereka itu dimaklumkan dalam kenyataan yang dikeluarkan malam tadi selepas mesyuarat khas Bersatu Johor di ibu pejabatnya di Kempas di sini.
Terdahulu, mesyuarat itu dihadiri 20 daripada 26 Ketua Bahagian Bersatu Johor.
Mesyuarat khas itu turut menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai bekas Pengerusi Bersatu dan Perdana Menteri ketujuh.
Mereka turut menyatakan penghargaan kepada empat lagi Ahli Parlimen Bersatu iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jerlun); Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar); Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam) dan Datuk Amirudin Hamzah (Kubang Pasu).
BACA: Muktamad! Keahlian Dr Mahathir, Muhkriz dan tiga lain terhenti serta merta - MPT
BACA: Dr Mahathir, Muhkriz dan tiga yang lain digugur keahlian Bersatu
Keahlian mereka dan Dr Mahathir, yang juga Ahli Parlimen Langkawi, mereka telah terhenti serta-merta menurut peruntukan Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 perlembagaan parti.
Bersatu Johor juga berharap agar ahli-ahlinya akan terus kekal setia dan mengukuhkan parti di peringkat bahagian masing-masing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bersatu
#Johor
#keahlian terhenti
#ketua bahagian
#Mesyuarat Khas
#Muhyiddin Yassin
#parti
#politik
#sokongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan