awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PPDA mulakan selaman cari kanak-kanak dikhuatiri lemas

Sinar Harian
Sinar Harian
05/06/2023
02:45 MYT
PPDA mulakan selaman cari kanak-kanak dikhuatiri lemas
Unit K9, JBPM membantu operasi SAR kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas ketika mandi di Lubuk Gelap Simpang 4 di Tanjung Malim. - Foto JBPM Perak
TANJUNG MALIM: Pasukan penyelamat memulakan operasi dengan menyelam di Sungai Bernam bagi mencari kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas ketika mandi di Lubuk Gelap Simpang 4 dekat sini pada Isnin.
Operasi yang masuk hari ketiga itu melibatkan 52 anggota lain-lain agensi bagi mencari mangsa, Edward Grang Anak Jenggut berusia lapan tahun yang dilaporkan hilang ketika mandi bersama keluarganya Sabtu lalu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, seramai 11 anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) akan melakukan selaman di beberapa tempat di lokasi kejadian.
"Semalam keadaan arus sungai deras berikutan hujan jam 4 pagi dan hari ini kita dapat lihat arus air perlahan dan tidak keruh.
"Faktor ini dapat membantu pasukan PPDA menyelam di beberapa kawasan. SAR diperluaskan kepada empat kilometer sehingga ke pekan Tanjung Malim," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Menurut beliau, dua anjing pengesan, Lady dan Grouse turut membantu mengesan mangsa.
Tambah Sabarodzi, aset berkaki empat milik JBPM itu tiba di lokasi pada Ahad dan membantu operasi dengan menaiki bot 'wheely'.
"Selain itu, kita mewujudkan 'trap point' sebagai salah satu strategi dan taktikal menyelamat sejauh 2.5km dari lokasi terakhir mangsa dilihat.
"Operasi turut dibantu oleh kumpulan penyelamat dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan menggunakan rafting dan kayak," katanya.
Media melaporkan SAR diaktif pada Sabtu selepas mangsa memakai baju renang berwarna hitam bertompok hijau ketika mandi, hilang dipercayai lemas sekitar jam 5 petang. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#SAR
#Kanak-kanak
#lemas
#Lubuk Gelap Simpang 4
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan