Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak kerajaan agar lebih serius dan komited untuk melindungi kepentingan umat Islam, maruah, agama dan integriti institusi Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Menurut Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Ma’amor Osman, kemelut penemuan DNA babi dalam coklat Cadbury menyedarkan bahawa sistem pensijilan halal boleh menjadi satu sabotaj ekonomi dan malapetaka di negara ini.
“PPIM mencadangkan supaya kerajaan segera mewujudkan ‘akta produk halal’ dan memperkasakan JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri dengan dana yang mencukupi,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Dr Ma’amor turut berkata agar Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia dipegang oleh mereka yang pakar dan bijaksana sambil tidak membelakangkan mana-mana pihak seperti JAKIM dan agensi yang berkaitan.
“Bahagian berkenaan sebelum ini diterajui oleh doktor pakar kesihatan awam telah diambil alih oleh pakar ‘food technologist’,” tambah beliau.
PPIM turut mencadangkan penambahan makmal yang diakreditasi supaya pengesahan kehadiran DNA babi boleh dikesan tanpa diragui.
Terdahulu, Kementerian Kesihatan tidak menolak kemungkinan berlaku pencemaran terhadap kedua-dua sampel coklat Cadbury yang diambil di pasaran untuk dianalisis di makmal sebelum ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kedua-dua sampel coklat yang dikesan mengandungi DNA babi (porcine) itu memang diambil di pasaran, bukan dari kilang dan kemungkinan berlaku pencemaran mungkin ada.
"Keputusan itu masih positif, tetapi kemungkinan sampel berkenaan diambil dari tempat yang tercemar tidak boleh diketepikan, dan kami tidak meragui ujian makmal itu tetapi sampel itu tidak diambil dari kilang," katanya kepada Bernama pada hari Selasa.
Astro Awani
Thu Jun 05 2014
PPIM mahu kerajaan lebih serius dan komited
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
Mondelez komited pastikan produk coklat, biskut keluarannya kekal mampu milik
Mondelez tidak terkecuali daripada mengalami inflasi yang merentas pasaran, termasuk di Malaysia.
Coklat perang dunia pertama berusia 103 tahun ditemui
Sembilan keping coklat berjenama Cadbury yang dipercayai berusia 103 tahun ditemui dalam sebuah kotak tin aluminium milik hero perang dunia pertama dan juga Rejimen Leicestershire, Richard Bullimore.
'Coklat muka babi? Itu bukan Cadbury Malaysia punya'
Cadbury Malaysia menafikan coklat jenis Cadbury Milk Kids 20g yang tertera gambar babi adalah produk keluarannya.
Jakim ulang kenyataan rasmi status halal coklat Cadbury
Jabatan Kimia Malaysia telah menguji produk tersebut dan Jakim telah menjalankan siasatan penuh sepertimana yang ditetapkan di dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.
Ujian makmal Jakim ikut piawaian antarabangsa - Jabatan Standard
Ketua Pengarah Jabatan Standard Malaysia, Fadilah Baharin berkata orang ramai tidak perlu khuatir dengan keputusan itu yang menyatakan produk berkenaan adalah halal.
Isu Cadbury: KKM akan bekerjasama erat dengan JAKIM dalam proses pemantauan
Menurut KKM, apa yang penting adalah untuk seragamkan tanda aras dan dapatkan pengesahan dari Standard Malaysia untuk piawaian agar keputusan boleh di terima pakai oleh semua pihak.
PPIM mahu kilang Cadbury disita, produk diboikot
Datuk Nadzim Johan berkata kilang tersebut seharusnya disita apabila tiada langsung permohonan maaf yang diusulkan.
Jangan bimbang kesahihan logo halal - Jakim
Jakim telah menggantung sijil pengesahan halal 2 produk Cadbury Dairy Milk.