awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agihan fidyah jamin kebajikan rakyat di Kedah - Raja Muda Kedah
Curi kabel rel: Ini amaran, jangan sampai nyawa tergadai - Loke
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

P.Pinang diminta tidak boros berbelanja - Gerakan

Bernama
Bernama
09/01/2021
13:00 MYT
P.Pinang diminta tidak boros berbelanja - Gerakan
Tong Keong berkata pembelian kereta baharu model Mercedes S560e untuk Ketua Menteri dengan kos pembelian sebanyak RM458,122.78 baru-baru ini, sepatutnya dijimatkan. - fotoBERNAMA
GEORGE TOWN:Kerajaan Pulau Pinang diminta tidak bersikap boros berbelanja dengan menukar kereta rasmi baharu untuk Ketua Menteri ketika rakyat hidup susah dalam keadaan pandemik COVID-19.
Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong berkata pembelian kereta baharu model Mercedes S560e untuk Ketua Menteri dengan kos pembelian sebanyak RM458,122.78 baru-baru ini, sepatutnya dijimatkan untuk membantu lebih banyak rakyat di negeri ini.
Katanya, kerajaan negeri telah berulang kali mengumumkan bahawa kerajaan kini tiada wang dengan membentangkan Belanjawan negeri 2021 yang mengalami defisit sebanyak RM400 juta dan telah memohon peruntukan daripada kerajaan persekutuan untuk mengurangkan defisit itu.
"Namun dalam keadaan bajet defisit, boleh pula kerajaan negeri menukar kereta baharu Ketua Menteri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Khamis lepas, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pulau Pinang berkata Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow telah dibekalkan dengan kereta rasmi baharu model Mercedes S560e bagi mengantikan kereta Mercedes S300L yang dibeli pada 2013.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#GERAKAN
#Mercedes
#COVID-19
#Ketua Menteri
#rakyat
#bajet
#pulau pinang
#kereta
#ganti
#tukar
#baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan