awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

P.Pinang larang aktiviti berkuda di pesisir pantai Batu Ferringhi

Bernama
Bernama
29/07/2024
13:45 MYT
P.Pinang larang aktiviti berkuda di pesisir pantai Batu Ferringhi
Kerajaan Pulau Pinang memutuskan melarang sebarang perkhidmatan aktiviti berkuda ditawarkan di sepanjang pesisir pantai Batu Ferringhi, bermula 1 Sept ini. - Gambar fail/BERNAMA
GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang memutuskan melarang sebarang perkhidmatan aktiviti berkuda ditawarkan di sepanjang pesisir pantai Batu Ferringhi, dekat sini bermula 1 Sept ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri Jason H'ng Mooi Lye berkata keputusan dibuat susulan beberapa aduan berkaitan perkhidmatan aktiviti berkuda itu terutama isu keselamatan dan kebersihan di kawasan terbabit.
"Selain itu, terdapat beberapa faktor yang dipertimbangkan seperti kebajikan penjagaan haiwan dan kesalahan pembinaan struktur tanpa kebenaran daripada pihak yang menjalankan aktiviti berkenaan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan di Batu Ferringhi hari ini.
Beliau berkata pihaknya menerima banyak aduan daripada orang awam berkaitan soal kebersihan dan kebajikan kuda-kuda berkenaan.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri Zairil Khir Johari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Bungah berkata pihaknya telah membangkitkan isu yang sama sebelum ini kepada kerajaan negeri dan menyokong keputusan itu.
Zairil berkata hal ini kerana kuda-kuda di kawasan pesisir pantai itu telah mencecah 30 ekor berbanding sebelum ini hanya beberapa ekor sahaja, malah keadaan haiwan itu juga kelihatan sakit.
''Kuda-kuda ini disimpan di kawasan kampung, ada penduduk mengadu najis kuda-kuda ini mendatangkan masalah kesihatan kepada penduduk. Jadi atas unsur keselamatan awam dan kesihatan semua pihak, kerajaan negeri memutuskan perkara tersebut (larangan)," katanya.
Media sebelum ini melaporkan perkhidmatan aktiviti berkuda yang ditawarkan pengendali warga asing di pesisir pantai Batu Feringghi kembali beroperasi walaupun serbuan dijalankan secara berterusan.
Pengarah Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Pulau Pinang Noorazrein Noorazlan Ong dilaporkan berkata pihaknya telah menjalankan lebih 50 tindakan penguatkuasaan sejak Januari hingga Mei lepas terhadap pihak yang menjalankan aktiviti berkuda kepada pengunjung di pesisir pantai berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pulau pinang
#larangan
#aktiviti berkuda
#pesisir pantai Batu Ferringhi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan