awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak ditahan menyamar polis, samun warga asing
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, bercampur-campur berbanding mata wang lain
Pendekatan 'humanistic AI' perkasa kemampuan manusia, bukan teknologi ganti tenaga kerja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PPM Lahad Datu rampas 8,230 bungkus rokok bernilai RM416,700

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
09/12/2019
14:55 MYT
PPM Lahad Datu rampas 8,230 bungkus rokok bernilai RM416,700
Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu menahan seorang lelaki dan tiga wanita berbangsa Suluk bersama sejumlah 8,230 bungkus rokok putih dan kretek tidak bercukai dalam serbuan di lokasi berasingan Ops Landai kira-kira jam 7 pagi Isnin.
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali dalam kenyataannya berkata, operasi ini bertumpu kes penyeludupan dan penjualan rokok di kawasan sekitar Lahad Datu.
"Hasil pemeriksaan ke atas empat rumah tidak bernombor di Kg Sabah Baru mendapati suspek yang berbangsa suluk berusia antara 25 hingga 55 tahun itu ditahan dan menjumpai 8,230 bungkus rokok dan kretek yang disembunyikan di dalam rumah tidak bernombor tersebut," katanya.
Tambah Mohamad Pajeri, kesemua barang rampasan itu dianggarkan bernilai RM416,700.
Kesemua suspek dan barang rampasan juga dibawa ke Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk tujuan dokumentasi.
"Kes disiasat dibawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967," katanya.
Topic Berkaitan
#Kg Sabah Baru
#Ops Landai
#Pasukan Polis Marin
#PPM Lahad Datu
#rampas rokok
#Suluk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan