awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PPR, kebombaan jadi fokus KPKT

Bernama
Bernama
10/03/2023
08:04 MYT
PPR, kebombaan jadi fokus KPKT
Menurut kementerian itu, tumpuan diberikan kepada pembinaan projek perumahan rakyat (PPR) yang melibatkan penyediaan tapak tanah secara percuma atau dengan kadar premium nominal oleh kerajaan negeri. - Fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Penyediaan perumahan mampu milik berkualiti dan perkhidmatan kebombaan yang responsif dan efektif, menjadi keutamaan bagi menjayakan agenda Malaysia Berdaya Huni, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Menurut kementerian itu tumpuan diberikan kepada pembinaan projek perumahan rakyat (PPR) yang melibatkan penyediaan tapak tanah secara percuma atau dengan kadar premium nominal oleh kerajaan negeri.
"Bagi pembinaan projek balai bomba dan penyelamat pula, kerajaan negeri perlu menyediakan tapak tanah yang bersesuaian bagi tujuan tersebut untuk diserahkan kepada kerajaan Persekutuan.
"KPKT juga akan memastikan aspek komersial turut diambil kira supaya perumahan yang dibangunkan adalah memenuhi ciri-ciri kondusif dan berdaya huni dengan mengutamakan lima elemen iaitu kebolehcapaian, kebolehhidupan, ketersambungan, kemampanan dan komuniti yang baik," menurut kenyataan itu.
Menurut KPKT, bagi pelaksanaan projek-projek baharu, pertimbangan diberikan kepada pelaksanaan kajian berdasarkan pulangan pelaburan, analisis kos faedah, indeks kesahan dan kebolehpercayaan, selain kajian kebolehlaksanaan.
"Dapatan kajian tersebut akan memberi fokus yang jelas dan nyata serta menghindarkan ketirisan perbelanjaan bagi mencapai mutu tertinggi dan kesejahteraan rakyat," menurut kementerian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPKT
#PPR
#kebombaan
#Malaysia Berdaya Huni
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan