SHAH ALAM: Persatuan Perpaduan Rakan Penghantar Malaysia (PPRPM) menggesa syarikat penyedia perkhidmatan p-hailing, GrabFood Malaysia (GrabFood) supaya mengembalikan semula kadar bayaran upah penunggang kepada bayaran asal secara serta-merta.
PPRPM berkata, ia kerana kadar bayaran upah yang diberikan ketika ini sangat rendah selain pengiraannya juga tidak jelas.
“PPRPM kecewa dengan GrabFood berikutan keputusan mereka memperkenalkan kadar bayaran upah baharu kepada penunggang kerana kadar bayaran upah ini menurun secara drastik.
“Isu penurunan kadar bayaran upah adalah antara isu utama yang telah kami suarakan dalam pertemuan dan perbincangan kami bersama pihak kerajaan, kementerian-kementerian dan juga agensi-agensi berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Penunggang GrabFood sebelum ini dilaporkan mendakwa kadar upah penghantaran kepada mereka diturunkan lagi daripada RM4.30 ke RM3.50.
PPRPM menjelaskan, penurunan kadar bayaran upah itu adalah isu berulang dan menjadi dilema buat penunggang p-hailing.
Malahan, katanya, isu bayaran upah itu juga pernah disuarakan terus oleh penunggang p-hailing kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan antara beliau bersama penunggang p-hailing iaitu Temu Anwar di Petaling Jaya, Selangor pada Julai lalu.
“Rentetan daripada keluhan yang disampaikan penunggang p-hailing kepada Perdana Menteri, satu pertemuan dan perbincangan bersama-sama semua Syarikat Penyelia P-Hailing (PHO) di Malaysia bersama Anwar, Menteri Pengangkutan, Menteri Sumber Manusia dan Menteri Komunikasi dan Multimedia telah diadakan di Pejabat Perdana Menteri (PMO).
“PPRPM bersama-sama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) p-hailing yang lain turut hadir menjadi saksi di dalam perbincangan tersebut. Dalam perbincangan itu semua syarikat penyelia termasuk Grabfood yang turut serta di dalam perbincangan tersebut telah bersetuju untuk mengkaji semula kadar penerimaan upah yang diterima penunggang mereka,” tambahnya.
Namun, PPRPM berkata, apa yang amat mengecewakan pihaknya adalah isu penurunan kadar bayaran upah itu masih berlaku kepada penunggang p-hailing.
“Penurunan kadar bayaran upah yang dilakukan oleh syarikat penyelia GrabFood adalah keputusan yang dibuat secara tergesa-gesa tanpa berbincang dan merujuk bersama penunggang dan sangat tidak menghormati perbincangan bersama Perdana Menteri.
“Kami juga meminta agar pihak kerajaan mengambil tindakan dan campur tangan dalam isu berkaitan p-hailing,” gesanya.
PPRPM menegaskan, selagi tiada akta khusus diwujudkan pihak kerajaan berkaitan ekonomi gig p-hailing, isu berkaitan dengannya akan terus berlarutan dan hanya pihak kerajaan boleh merangka dan mengeluarkan polisi atau garis panduan meliputi keseluruhan ekosistem ekonomi Gig p-hailing.
Oleh itu, PPRPM turut menggesa agar pihak kerajaan menyegerakan penubuhan Badan Kawal Selia Ekonomi Gig demi menjaga kebajikan penggiat ekonomi gig terutamanya penggiat p-hailing.
“PPRPM juga menggesa agar pihak kerajaan mengambil langkah jangka pendek mengenai isu terkini yang sedang dihadapi oleh penunggang p-hailing terutamanya berkaitan isu kadar bayaran upah,” ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 18 2024
Penunggang GrabFood sebelum ini dilaporkan mendakwa kadar upah penghantaran kepada mereka diturunkan lagi daripada RM4.30 ke RM3.50. - Gambar fail
Dua lelaki didakwa mengintip untuk Hong Kong tiba di mahkamah London
Kedua-dua lelaki tersebut sebelum ini didakwa bersetuju dalam pengumpulan maklumat, pengawasan dan tindakan penipuan yang berkemungkinan besar membantu perkhidmatan risikan Hong Kong dari akhir 2023 hingga 2 Mei.
Tiada tembakan peluru dikesan pada helikopter Raisi
Angkatan Tentera Iran pada Khamis mengeluarkan laporan pertama mengenai punca nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan rombongannya.
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan, ratapi pemergian Raisi
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan di Mashhad, pada Khamis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Ebrahim Raisi yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Gelombang haba ragut 9 nyawa di India
Sekurang-kurangnya sembilan maut dipercayai akibat strok haba di negeri barat Rajasthan di India, kata media, pada Jumaat.
Ahmad Zahid raikan pelajar dan komuniti Malaysia di Shenzhen
Ahmad Zahid menggesa rakyat Malaysia di China menjadi duta negara yang bertanggungjawab dalam mempamerkan imej baik Malaysia.
Penerbangan pertama tiba di Jeddah bawa 283 orang jemaah
Sebanyak 53 penerbangan ke Jeddah mula tiba Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz Jeddah pada Jumaat dengan penerbangan pertama ialah KT46 yang membawa seramai 283 jemaah dan selamat tiba pada 9.01 pagi Jumaat (waktu Arab Saudi).
Tingkat kompetensi, latihan AI dalam kalangan guru dan murid
Kementerian Pendidikan beri tumpuan terhadap kompetensi dan latihan kepada guru-guru di negara ini bagi mendidik murid-murid khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Pemimpin lebih muda mampu ubah masa depan negara - Tun M
Menurut Mahathir, pemimpin sekarang tidak berpengalaman dalam mentadbir negara, tidak manfatkaan sumber negara sebaiknya, dan tidak mampu menyelesaikan masalah dengan baik.
HUAWEI tawar teknologi pengurusan bencana
Huawei menawarkan kepakaran kepakaran mereka dalam Sistem Pengurusan Bencana , Amaran Awal Bencana dan Sistem Pemantaun Banjir.
Polis buru lelaki kes samun bersenjata tular di FB
Polis sedang giat memburu seorang lelaki terlbabit dalam kejadian samun bersenjata di sebuah rumah di Jalan Coldstream Buntong, Kampung Baru Buntong di Ipoh, pada Rabu.
Langgar lubang jalan dan hilang kawalan, penghantar makanan maut
Mangsa berusia 31 tahun itu hilang kawalan dan terbabas di bahu kiri jalan selepas terlanggar lubang jalan.
Kerajaan Selangor lancar E-Bazar Ramadan pertama, Grab sebagai penghantar
Kerajaan Selangor mengumumkan akan melaksanakan satu inisiatif pembelian dalam talian (online) bagi menggantikan bazar Ramadan yang berkonsepkan fizikal.
Semak fakta: MKN nafi video tular kekecohan pasar raya Johor
Mengulas mengenai sebuah rakaman video insiden yang tular itu, MKN berkata ia sebenarnya merupakan sebuah insiden rompakan (looting) yang berlaku di pasaraya di beberapa bandar di Amerika Syarikat.
Perkhidmatan penghantaran bantu pengusaha restoran, orang ramai
Permintaan tinggi terhadap perkhidmatan penghantaran makanan telah membantu perniagaan restoran berjalan lancar walaupun negara kini dalam Perintah Kawalan Pergerakan.
Penghantar makanan depani risiko demi menjaga perut pelanggan
Selain peniaga, sudah tentu khidmat penghantara makanan ketika ini menjadi pilihan utama orang ramai untuk mendapatkan makanan kegemaran mereka tanpa perlu keluar rumah.
GrabFood umum caj penghantaran naik hingga RM9
Peningkatan itu dilakukan GrabFood dalam usaha mereka meluaskan radius penghantaran dalam memenuhi permintaan pelanggan untuk memesan makanan daripada pelbagai pilihan restoran.