Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS), yang terdiri daripada anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM), diminta melakukan kunjungan ke sekolah sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi memberi nasihat berkaitan kepolisan kepada pelajar.
Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata PPS boleh membuat kunjungan pada bila-bila masa dan bukannya hanya pada hari perhimpunan sekolah semata-mata.
Katanya selain hari perhimpunan, PPS juga boleh menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), bertemu guru besar, bermesyuarat dengan guru-guru atau berjumpa terus dengan pelajar.
"KPI (Petunjuk Prestasi Utama) kementerian adalah untuk memastikan PPS masuk ke sekolah sekurang-kurangnya sebulan sekali dan kita percaya kehadiran polis mampu mengurangkan kes-kes disiplin dan jenayah dalam kalangan pelajar," katanya.
Teo berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Permuafakatan Kementerian Pendidikan dan PDRM di Sekolah Rendah Kebangsaan Putrajaya Presint 16 (1) di sini hari ini. Hadir sama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa dan Guru Besar Norihan Ismail.
Teo berkata selepas tiga tahun dilaksanakan, program yang berjaya membantu pihak sekolah menangani isu disiplin dan jenayah itu kini diperkukuhkan dengan pengenalan papan kenyataan PPS di semua sekolah.
"Semua sekolah digalakkan menyedia dan menggunakan papan kenyataan tersebut untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar dan polis berkaitan aktiviti dan program yang berlaku di sekolah terbabit," katanya.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam perutusan yang dibacakan Rusdi sempena program itu berkata PPS berperanan dalam membantu mewujudkan suasana sekolah yang selamat sebagaimana yang digariskan dalam Buku Panduan Pegawai Perhubungan Sekolah.
Antara perkara yang dilakukan ialah mengumpul maklumat daripada sekolah untuk diambil tindakan oleh kementerian dan PDRM dan jika perlu, melakukan rondaan, lawatan berjadual di kawasan sekolah dan memberikan ceramah berkaitan hal-hal keselamatan kepada warga sekolah, katanya.
Bernama
Mon Feb 18 2019

Teo berkata PPS boleh membuat kunjungan pada bila-bila masa dan bukannya hanya pada hari perhimpunan sekolah semata-mata. - Gambar fail

Giliran Shah Firdaus Sahrom merangkul emas keirin
Shah Firdaus membuktikan beliau juga mempunyai potensi besar untuk membawa kejayaan di Olimpik Tokyo nanti.

Tarikh 8 Mac Parlimen bersidang tidak lagi terpakai setelah darurat dikuat kuasa - Rashid Hasnon
Suatu urusan lain perlu dilakukan, termasuk proklamasi prorog dan memanggil Parlimen Penggal Ke-4.

Data peribadi penerima vaksin tidak dikongsi dengan syarikat pengeluar - Khairy
Data yang mungkin akan dikongsikan dengan syarikat farmaseutikal terlibat hanyalah maklumat berkaitan kesan sampingan selepas imunisasi (AEFI) dilakukan.

Tunjuk perasaan: PBB terima maklumat 18 maut di Myanmar
Pimpinan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan mereka menerima laporan bahawa setakat ini 18 orang terbunuh manakala 30 yang lain cedera di Myanmar.

Tunjuk perasaan bertukar ganas: Polis tembak peluru getah, gas pemedih mata
Penunjuk perasaan antikerajaan di luar kem tentera bertukar ganas apabila polis menembak peluru getah, gas pemedih mata dan meriam air.

COVID-19: Kes positif global lebih 113.98 juta, korban 2.52 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 113.65 juta kes.

Tiada calon SPM di Kedah disahkan positif COVID-19
JKN Kedah bersama Kementerian Pendidikan sentiasa melakukan pemantauan berhubung pematuhan Prosedur Operasi Standard.

Vaksin: Kerajaan perlu laksana strategi mobilisasi komuniti
Strategi itu secara tidak langsung dapat memberi fokus kepada golongan yang masih ragu-ragu dan yang benar-benar mahukan vaksin.

MOTAC harap pendekatan baharu kawal COVID-19
Nancy berkata, industri pelancongan adalah berkait rapat dengan pergerakan orang ramai dari satu lokasi ke lokasi lain.

Peserta perniagaan kecil mahu kerajaan PN perkenal kembali moratorium menyeluruh
Muhyiddin dan kabinetnya menghadapi cabaran hebat untuk mengimbangi di antara kelangsungan hidup dan punca pendapatan rakyat.

Tun Faisal persoal tindakan Lembaga Disiplin tolak tiga syarat untuk berlaku adil
Tun Faisal mendakwa, pernah terjadi tribunal dalam Lembaga Disiplin sebelum ini yang dilihat berat sebelah serta tidak adil.

Diarah menghadap Tribunal Lembaga Disiplin UMNO, Tun Faisal tuntut tiga permintaan
Permintaan berkenaan jelasnya bagi menjamin dan memastikan proses pendengaran dan membuat keputusan tribunal ini dilaksanakan secara adil dan telus

Norma baharu warga Malaysia di Jepun
Penulis berkongsi kisah pahit manis mengharungi pandemik ketika berjauhan daripada ibu bapa, sanak saudara, sahabat dan rakan taulan di tanah air.

Coppa Italia: Ibrahimovic mohon maaf jadi punca Milan tersingkir - Pioli
Ibrahimovic diarahkan keluar padang selepas dilayangkan kad kuning kedua gara-gara mengasari Aleksandar Kolarov sebelum sejam permainan.

'Passion' tidak dimiliki si penghina waktu! Mahalnya disiplin kerja Tan Sri Razali Ismail
"Passion" secara tafsiran umum lebih relatif sebagai kata positif mempromosi diri bagi orang yang mahu dilihat "hebat" terhadap minat atau kerjayanya.

Muafakat Nasional Kedah selesai separuh rundingan kerusi PRU15
Muhammad Sanusi Md Nor, berkata pembahagian kerusi dalam MN akan mengikut pembahagian mengikut kerusi yang dimenangi parti dalam PRU sebelum ini.

130 pegawai, anggota polis Terengganu dikenakan tindakan tatatertib, 5 ASP dipecat
Secara keseluruhan, sebanyak 72 kertas siasatan telah dibuka dan pihaknya tidak akan melindungi mana-mana pegawai atau anggota yang melakukan kesalahan.

Presiden KLHA mohon pinda tarikh pendengaran rayuan hukuman
Beliau telah mendapat tarikh sesi pendengaran rayuan yang ditetapkan jawatankuasa itu pada 29 Dis ini, namun beliau mempunyai komitmen dan tanggungjawab lain.

46 anggota polis Johor dibuang kerja, 22 dikesan jadi 'wanted', ada rekod lampau
Sehingga kini terdapat seramai 45 pegawai kanan dan anggota yang ditahan kerja dan 14 anggota digantung kerja.

Sebarang tindakan disiplin terhadap Akmal Nasrullah perlu diambil berdasarkan lunas parti - AMK Selangor
Mohd Najwan berkata, bagaimanapun perkara itu perlu diselesaikan secara dalaman melibatkan pimpinan parti dan AMK.