Cadangan melaksanakan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menunjukkan kegagalan kerajaan untuk tampil dengan dasar yang segar dan baharu, ujar Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Bekas Menteri Pengajian Tinggi itu turut menyifatkannya sebagai langkah mundur dalam pembangunan negara.
Jelasnya, setelah lebih enam dekad mencapai kemerdekaan, masih ramai pemimpin yang tidak ada keyakinan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
"Sudahlah mereka tidak mampu bertutur dengan baik dalam Bahasa Melayu. Mereka menganggap pula Bahasa Melayu sebagai bahasa mundur dan bukan medium yang sesuai untuk menjadi bangsa maju.
"Sebenarnya, hanya bangsa yang lemah akan memandang rendah dan tidak yakin dengan kemampuan bahasa ibundanya.
"Bangsa yang kuat, berani dan patriotik tidak akan sama sekali membelakangkan bahasa asalnya. Sebaliknya akan sentiasa mencari jalan untuk melonjakkannya," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Pada masa sama, beliau berkata usaha memajukan bangsa dalam sains dan teknologi mesti dilakukan dengan tidak mengorbankan identiti dalam berbangsa dan bernegara.
Beliau memberi contoh bagaimana masyarakat Cina di negara ini mempertahankan institusi sekolah vernakular mereka tanpa tolak ansur dan kompromi.
"Mereka memperjuangkannya bermati-matian. Bukan kerana kurikulum sekolah kebangsaan kurang ampuh dan tidak setanding.
"Tetapi kerana di sekolah vernakular, semua itu dilaksanakan dalam Bahasa Mandarin. Bahasa yang memberikan mereka identiti sebagai bangsa Cina.
"Bahasa yang menghubungkan mereka dengan sejarah penghijrahan mereka. Bahasa yang mesti mereka pertahankan kerana itulah satu-satunya yang membezakan mereka dengan bangsa lain di dunia.
"Jadi, kalaupun kita tidak menganggapnya sebagai lebih baik, setidak-tidaknya mengapa kita tidak mahu memberikan nilai dan maruah yang sama kepada Bahasa Melayu?" tegasnya.
Selain itu, kata Mohamed Khaled, sains dan teknologi hanya akan terbangun melalui budaya penerokaan, komitmen kepada kemajuan ilmu dan pelaburan yang bersungguh-sungguh untuk membangunkan masyarakat saintifik.
Pada masa sama, beliau mempersoalkan apakah ukuran yang cuba dilakukan melalui pengenalan semula PPSMI sama ada melalui kompetensi dan ilmu atau kemampuan berbahasa.
Justeru, katanya, pelaksanaan PPSMI merugikan generasi muda.
"Pelaksanaan PPSMI adalah dasar yang gagal dan akan merugikan anak-anak kita semua. Ingatlah jurang pemisahan antara bandar dan luar bandar adalah sangat nyata di Malaysia ini.
"Begitu juga jurang keberadaan dalam bandar antara yang miskin dan kaya. Anak-anak kita, tidak berada di padang yang sama rata.
"Kesenjangan di Malaysia adalah nyata dan benar. Melaksanakan PPSMI ini akan hanya melebarkan lagi jurang keberadaan ini," kata Mohamed Khaled.
Malah, katanya, UMNO akan memperjuangkan penggunaan bahasa ibunda untuk pendidikan kebangsaan tanpa kompromi.
"Kami tidak akan bersetuju dengan dasar yang ternyata telah gagal sebelum ini dan mengulangi kesilapan besar tersebut," ujarnya.
Astro Awani
Sat Feb 01 2020
Cadangan melaksanakan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menunjukkan kegagalan kerajaan untuk tampil dengan dasar yang segar dan baharu, ujar Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kerajaan Thailand gerakkan dana kecemasan bantu mangsa banjir di selatan
Jabatan Pencegahan dan Tebatan Bencana (DDPM) dikehendaki mengemukakan cadangan lanjut kepada Kabinet untuk menangani keperluan khusus di setiap kawasan yang terjejas
Kerajaan tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
HRD Corp: KESUMA serah pihak berkuasa siasat, ambil tindakan tegas kepada individu bersalah
Kerajaan tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati bersalah.
Dasar Pengkomputeran Awan Negara dijangka dimuktamad hujung tahun ini
Penubuhan pusat data baharu dan perkhidmatan awan dapat menyokong dan memacu pendigitalan perkhidmatan kerajaan.
Penyampaian maklumat mudah difahami rakyat cabaran besar kepada kerajaan - Abdullah
Penyampaian maklumat kepada rakyat dengan cara yang mudah difahami mereka khususnya komuniti luar bandar merupakan satu daripada cabaran besar dihadapi kerajaan.
Kerajaan ambil pendekatan pragmatik bangun perancangan ekonomi - Rafizi
Kerajaan mengambil pendekatan pragmatik dalam membangunkan perancangan ekonomi dengan memberi keutamaan kepada tiga perkara asas, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Kerajaan komited pastikan masyarakat India terbela melalui pelbagai inisiatif
Kerajaan komited dalam memastikan masyarakat India di Malaysia terus dibela menerusi pelaksanaan pelbagai program pembangunan keusahawanan dan kerjaya.
Penyasaran subsidi RON 95: Pakar ekonomi cadang kerajaan tidak ganggu harga pasaran
Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata pada masa sama kerajaan disaran terus memberi bantuan sewajarnya kepada golongan yang memerlukan.
Kerajaan masih tanggung perbelanjaan subsidi diesel - Rafizi Ramli
Walaupun harga diesel diapungkan, masih terdapat sektor-sektor yang harganya diberikan subsidi kepada golongan tertentu seperti nelayan.
PM Thailand gariskan dasar komprehensif untuk majukan negara
Paetongtarn menegaskan bahawa kerajaan akan segera menangani isu-isu seperti hutang isi rumah, kos sara hidup dan pendapatan yang ketinggalan.