awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PPV bukan tempat anjur acara 'potluck' - Pakar kesihatan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
20/07/2021
09:41 MYT
PPV bukan tempat anjur acara 'potluck' - Pakar kesihatan
Dr Malina Osman berkata, risiko jangkitan COVID-19 dalam kalangan mereka adalah tinggi berbanding penerima vaksin yang hadir ke PPV. - Gambar fail/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dinasihat supaya mengelakkan penganjuran acara makan secara berkumpulan atau potluck.
Pakar Kesihatan Awam, Prof Madya Dr Malina Osman berkata, ini kerana risiko jangkitan COVID-19 dalam kalangan mereka adalah tinggi berbanding penerima vaksin yang hadir ke PPV.
"Saya berpendapat dalam kalangan sukarelawan amalan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) perlu diberi perhatian.
"Berdasarkan maklumat di media sosial, sebahagian besar mereka (sukarelawan) tidak memberikan perhatian yang serius.
"Ada antara mereka yang membawa potluck, makan bersama-sama dan kemungkinan akan ada ketidakpatuhan SOP," katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Selasa.
BACA: Polis siasat video tular berkumpul makan durian di PPV
Pada Ahad, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Mohd Padzli Mohd Zain, berkata pihaknya menjalankan siasatan berhubung dakwaan sekumpulan individu berkumpul makan durian dipercayai di sebuah PPV di Johor Bahru selepas ia menjadi tular dalam media sosial.
Beliau dilaporkan berkata, laporan polis berhubung dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) itu diterima pada jam 3.41 petang Ahad.
Minggu lalu, seramai 204 petugas PPV di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam dijangkiti COVID-19 selepas ujian saringan beramai-ramai dibuat ke atas kesemua petugas di situ.
Terbaharu, tujuh sukarelawan PPV Setia City Convention Centre (SCCC) di Shah Alam dikesan dijangkiti COVID-19.
Mengulas lanjut, Dr Malina pada pada masa yang sama mencadangkan agar sukarelawan melakukan ujian saringan secara bersasar untuk mengenal pasti punca jangkitan.
Topic Berkaitan
#Pusat Pemberian Vaksin
#media sosial
#ujian saringan
#COVID-19
#IDCC
#SCCC
#positif
#vaksin
#Khairy Jamaluddin
#Kementerian Kesihatan
#Noor Hisham Abdullah
#PICK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan