KUALA LUMPUR: Pusat Pemberian Vaksin Integrasi World Trade Centre Kuala Lumpur (PPV Integrasi WTCKL) akan ditutup pada cuti umum termasuk Tahun Baharu Cina pada Februari depan.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim, orang ramai yang telah mendapatkan janji temu melalui MySejahtera perlu memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.

"Maklumat mengenai PPV Integrasi WCTKL yang akan beroperasi sehingga 15 Mac 2022:

"Bagi yang mendapat janji temu melalui MySejahtera, pastikan anda mematuhi SOP yang ditetapkan. Jumpa di sana," jelasnya dalam entri Facebook rasminya pada Jumaat.

Turut dimuat naik poster berhubung operasi PPV Integrasi WCTKL bagi memudahkan orang ramai mendapatkan dos penggalak mereka.


Dibuka bermula jam 8 pagi sehingga 9 malam, PPV Integrasi WCTKL menyediakan 9,000 vaksin AstraZeneca setiap hari.

Orang ramai yang mendapat janji temu menerusi aplikasi MySejahtera di PPV itu boleh mendapatkan dos penggalak di Dewan Tun Hussein Onn, Dewan Tun Dr Ismail dan Dewan Mawar.