awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PPV khas bergerak, pandu lalu: Terima kasih bantu kami - OKU

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
04/06/2021
09:07 MYT
PPV khas bergerak, pandu lalu: Terima kasih bantu kami - OKU
Rata-rata mereka menyifatkan pelaksanaan PPV khas di pejabat-pejabat persatuan dan secara pandu lalu memudahkan mereka mendapatkan vaksin. - Foto KPWKM
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan pusat pemberian vaksin (PPV) khas oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kepada orang kurang upaya (OKU) disambut baik golongan itu.
Rata-rata mereka menyifatkan pelaksanaan PPV khas di pejabat-pejabat persatuan dan secara pandu lalu memudahkan mereka mendapatkan vaksin.
Bagi OKU penglihatan, Azril Che Ibrahim, inisiatif tersebut akan mempercepatkan proses pemberian vaksin.
YB Datuk Seri Rina Harun pada hari ini berpeluang untuk turun padang bagi memantau pemberian vaksin kepada seramai 200 OKU kategori penglihatan di Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB), Kuala Lumpur. pic.twitter.com/tNLMlxj3mU
— KPWKM (@KPWKM) June 4, 2021
"Saya sangat berterima kasih kepada Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) dan rasa amat bersyukur.
"Ini kerana kalau kita (OKU) tunggu giliran, mungkin lambat lagi kerana panjang.
"Jadi apabila ada inisiatif seperti ini, ia mempercepatkan golongan macam kami ini divaksin," katanya kepada media.
Sehingga 31 Mei 2021, seramai 195,395 OKU telah mendaftar melalui MySejahtera untuk mendapatkan suntikan vaksinasi. KPWKM melalui JKM juga telah menyerahkan nama seramai 446,000 OKU yang berdaftar menggunakan Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU) untuk PICK fasa 2 kepada KKM pic.twitter.com/m6NlIY9EHe
— KPWKM (@KPWKM) June 4, 2021
Dia menjadi antara individu terawal menerima vaksin di PPV khas MAB yang dilancarkan hari ini oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Turut menyambut baik inisiatif itu adalah Nur Afiqah Syahira Ahmad Zaini yang hadir ke PPV itu bersama bapanya.
Tinjauan operasi hari pertama PPV Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia di Brickfields, KL. Golongan cacat penglihatan dan penjaga mereka mula diberi vaksinasi selaras fasa 2 PICK. pic.twitter.com/PowNMT4Laa
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 4, 2021
"Saya rasa bangga sangat sebab walaupun ayah saya normal dan saya buta, Alhamdulillah, saya rasa bersyukur sebab dapat cucuk vaksin COVID-19 ini.
"Alhamdulillah, saya bersyukur sangat-sangat," katanya.
Sementara itu, Vincent Eng Wei Siang melihat inisiatif ini melancarkan proses vaksinasi kerana ia dilakukan di tempat yang memenuhi keperluan mereka.
"Saya pun berterima kasih kepada kakitangan jabatan-jabatan yang berkerja keras membantu orang seperti kami yang cacat penglihatan ini.
"Saya gembira sangat diberi peluang untuk mendapat vaksin di sini," katanya.
Topic Berkaitan
#OKU
#COVID-19
#Pusat Pemberian Vaksin
#vaksin
#PPV
#Orang Kurang Upaya
#Persatuan Orang Buta Malaysia
#KPWKM
#Rina Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan