KOTA BHARU: Pusat Penyelidikan Pembangunan Vaksin Negara (PPVN) akan turut memberi tumpuan menghasilkan pelbagai jenis vaksin penyakit lain selain vaksin COVID-19, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Ahmad Amzad Hashim.
Beliau berkata penubuhan Jawatankuasa Kecil Rangkaian Kerjasama Vaksin (VCN) telah bermesyuarat pada 7 Jun, yang diketuai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengenal pasti jenis vaksin yang akan dibangunkan, platform teknologi yang diguna pakai dan peluang kerjasama pemindahan teknologi bersama pelbagai pemain industri dari dalam dan luar negara.
Katanya selaras dengan penaiktarafan Malaysia Genome Vaccine Institute (MGVI), Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia (NIBM) diamanahkan untuk mentadbir urus penyelidikan dan pembangunan vaksin negara.
"NIBM mengaktifkan Konsortium Majlis Pakar Penyelidikan dan Pembangunan Vaksin Negara, yang terdiri daripada empat Majlis Pakar iaitu Penemuan Vaksin, Kajian Pra-Klinikal, Kajian Klinikal dan Proses Pembangunan dan Ekosistem Vaksin.
"Majlis Pakar ini akan menilai fungsi, keupayaan dan kemampuan sumber yang ada untuk menjayakan PPVN," katanya kepada pemberita selepas lawatan ke Min House Camp, Kubang Kerian, di sini, semalam.
Mengulas lanjut, Ahmad Amzah berkata mesyuarat pertama Konsortium Majlis Pakar Penyelidikan dan Pembangunan Vaksin Negara atau Expert Council Consortia (ECC) telah diadakan pada 14 Jun lalu yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif NIBM.
"Pada 15 Julai, Pejabat Pengurusan Projek Pembangunan Vaksin Malaysia (MVPO) di bawah MOSTI ditubuhkan bagi mengurus, merancang, melapor, dan menyelaras semua pihak berkepentingan, untuk berkolaborasi bagi mencapai matlamat PPVN.
Beliau berkata terdapat dua fasa yang ditetapkan dalam pengeluaran vaksin iaitu jangka masa pendek selama setahun hingga lima tahun, manakala bagi jangka masa panjang pula mengambil masa di antara lima hingga 10 tahun.
"Bagaimanapun, penumpuan kita adalah lebih kepada vaksin-vaksin yang membabitkan penyakit-penyakit tropika yang biasa ada dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
"Bagi pelan pembangunan vaksin ini ia sudah pun selesai dari segi dokumen, malah peruntukan-peruntukan tertentu juga sudah mula kita terima bagi membolehkan lebih banyak kelengkapan dilengkapkan di PPVN," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 12 2022
Selaras dengan penaiktarafan Malaysia Genome Vaccine Institute, Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia diamanahkan untuk mentadbir urus penyelidikan dan pembangunan vaksin negara. - Gambar hiasan/BERNAMA
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
MOSTI salur dana RM33 juta untuk 13 projek penyelidikan vaksin
Projek yang menerima pendanaan itu melibatkan sembilan di bawah dana penyelidikan strategik dan dua di bawah MCCOF.
Status vaksin PPVN pada peringkat praklinikal terhadap haiwan - Dr Adham
Status vaksin yang dibangunkan dalam Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN) kini berada pada peringkat ujian praklinikal terhadap haiwan.
PPVN akan beri tumpuan hasilkan pelbagai jenis vaksin
Jawatankuasa Kecil Rangkaian Kerjasama Vaksin bermesyuarat pada 7 Jun untuk mengenal pasti jenis vaksin yang akan dibangunkan.
PPVN wujud peluang praktikal, pengalaman buat saintis muda dan pelajar - Lee Lam Thye
PPVN berupaya meningkatkan kapasiti penghasilan vaksin sendiri dalam masa terdekat.