Gabungan parti-parti pembangkang PKR, DAP dan PAS mengekalkan kuasa di Selangor setelah memenangi 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor manakala Barisan Nasional (BN) pula memenangi 12 kerusi DUN pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Keputusan bagi semua kerusi pilihan raya di Selangor, yang diumumkan agak lewat sehingga pukul 4.30 pagi ini bagi keputusan terakhir melibatkan kerusi DUN Sungai Pinang, menyaksikan pakatan rakyat menang lapan kerusi tambahan berbanding 36 kerusi yang dimenangi pada PRU12, 2008.
Bilangan kerusi DUN yang dimenangi oleh BN pula berkurang menjadi 12 berbanding 20 kerusi yang dimenangi pada 2008.
BN pula, walaupun kehilangan lapan kerusi kepada pihak pakatan rakyat, ia mendapat kembali dua kerusi DUN yang terlepas ke tangan PR pada 2008 iaitu kerusi DUN Bukit Melawati dan Kota Damansara.
Bagi kerusi Parlimen, kedua-dua pihak pakatan dan BN mengekalkan jumlah kerusi yang sama yang dimenangi pada 2008.
Pakatan rakyat menguasai 17 kerusi parlimen iaitu PKR memenangi sembilan kerusi manakala DAP dan PAS masing-masing memenangi empat kerusi.
BN pula memenangi lima kerusi parlimen iaitu Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjong Karang, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.
Sungguhpun BN kehilangan kerusi Parlimen Sepang dengan kekalahan Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed dan kerusi Pandan pada kali ini, ia berjaya mendapatkan kembali kerusi Parlimen Kuala Selangor dan Hulu Selangor.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak semasa mengulas keputusan keseluruhan PRU13, berkata keputusan itu adalah dipengaruhi oleh 'tsunami masyarakat Cina'.
Selangor jatuh ke tangan pakatan parti-parti pembangkang pada 2008 di kala Malaysia dilanda oleh apa yang disebut sebagai 'tsunami politik', yang turut menyebabkan kerajaan persekutuan yang dikuasai BN, kehilangan kuasa majoriti dua pertiga di parlimen pada 2008.
Proses pengundian di Selangor hari ini pada amnya berjalan lancar dan secara keseluruhannya, sejumlah 1,458,022 orang atau 71.16 peratus daripada sejumlah 2,048,828 pengundi berdaftar, termasuk pengundi awal dan pengundi luar negara telah mengundi.
Bernama
Mon May 06 2013
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua DAPSY 2024-2027
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) bagi tempoh 2024-2027.
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.
SPRM nafi keluar kenyataan penemuan RM94 juta di kediaman bekas menteri
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan membuat kenyataan yang mendakwa bahawa RM94 juta ditemui di kediaman bekas menteri.
'Serangan politik kotor, mahu lagakan kami dalam DAP' - Young Syefura
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menafikan rakaman suara yang tersebar dalam menerusi satu video di laman sosial Facebook seorang pemimpin parti pembangkang adalah diri beliau.
DAP tidak pernah cadang Kerajaan Perpaduan, selesa sebagai pengimbang di Johor - Loke
DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu.
Dr Akmal tampil beri keterangan kepada polis, tidak gentar diheret ke mahkamah
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin berkaitan laporan polis yang dibuat DAP Sarawak pada 12 Sept.
Steven Sim Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu
Bekas Naib Pengerusi DAP, Steven Sim Chee Keong menepati ramalan apabila dipilih menjadi Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu pada pemilihan parti itu hari ini.
Kon Yeow seru kepimpinan baharu DAP P.Pinang kekal bersatu, utama kepentingan parti dan rakyat
Beliau mengucapkan terima kasih kepada parti dan perwakilan atas sokongan selama 25 tahun, serta menekankan kejayaan DAP dalam meningkatkan jumlah cawangan dan sokongan rakyat.