awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pramugara MAS ditahan polis Perancis kerana didakwa lakukan serangan seksual

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
14/08/2014
09:48 MYT
Pramugara MAS ditahan polis Perancis kerana didakwa lakukan serangan seksual
Seorang anak kapal Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) telah ditahan oleh pihak polis di Perancis atas dakwaan melakukan serangan seksual ke atas salah seorang penumpangnya - Gambar Hiasan
Seorang anak kapal Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) telah ditahan oleh pihak polis di Perancis atas dakwaan melakukan serangan seksual terhadap salah seorang penumpangnya ketika dalam satu penerbangan.
MAS turut mengesahkan perkara itu susulan dakwaan oleh seorang penumpang yang membuat perjalanan dari Kuala Lumpur ke Paris menggunakan pesawat MH20, bahawa pramugara MAS terbabit berkelakuan tidak senonoh terhadapnya.
“Penerbangan Malaysia sentiasa mengharapkan standard yang terbaik dari kakitangan kami dan kami juga mengambil serius dakwaan seumpamanya.
“Kami akan membantu pihak berkuasa Perancis menjalankan siasatan mereka dan kami ingin menegaskan bahawa keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan penumpang sentiasa menjadi keutamaan kami,” kata MAS di dalam satu kenyataan media.
Sebelum ini, sebuah portal berita The Cubic Lane melaporkan bahawa seorang warganegara Australia yang menaiki pesawat MAS itu, telah menyuarakan kebimbangan yang amat mendalam mengenai tahap keselamatan pesawat itu, ekoran tragedi malang MH370 dan MH17, kepada pramugara terbabit.
Pramugara tersebut kemudian dilaporkan duduk di sebelah wanita itu, untuk cuba ‘menenangkannya’. Tindakan itu, kemudiannya didakwa bertukar menjadi serangan seksual.
Selepas tiba di Lapangan Terbang Roissy-Charles de Gaulle di Paris, penumpang itu menghubungi polis dan melaporkan kejadian tersebut.
Selepas disoal siasat oleh pihak polis, anak kapal itu mengakui perbuatannya dan telah ditahan.
Topic Berkaitan
#gangguan seksual
#Kuala Lumpur
#Malaysia Airlines
#MH17
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan