awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Kes kusta di Kelantan meningkat, 16 kes direkod sejak 2023
MALAYSIA
Pempengaruh tukar pengakuan tidak bersalah ceroboh rumah selebriti
MALAYSIA
Wanita didakwa muat naik sijil nikah palsu dengan kerabat diraja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Pramugara 'panjang tangan' dipenjara 4 tahun

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
02/07/2019
07:03 MYT
Pramugara 'panjang tangan' dipenjara 4 tahun
Remy Izwan Roseli, mengaku bersalah mencuri dan memecah masuk dua kedai dobi layan diri 24 jam. - Gambar Astro AWANI
Seorang pramugara dijatuhkan hukuman penjara empat tahun atas pertuduhan mencuri dan memecah masuk dua kedai dobi layan diri 24 jam di Kuala Nerus, di sini.
Tertuduh, Remy Izwan Roseli, 39, dari Petaling Jaya, Selangor mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistet Abdul Hayyi Salim.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mencuri di kedai di Blok D Rimba Square, Kuala Nerus antara pukul 4 hingga 4.53 pagi pada 7 Jun lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Manakala bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh dihukum penjara empat tahun mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Tertuduh didakwa atas kesalahan melakukan pecah kedai dobi di Dataran Tembesu, Kuala Nerus.
Dia didakwa mencuri wang RM1,000 di kedai dobi berkenaan antara pukul 5.48 hingga 7.20 pagi hari yang sama.
Hukuman penjara bagi kedua-dua pertuduhan berjalan serentak dan berjalan serentak dan berkuatkuasa dari tarikh ditangkap.
Sementara itu, teman wanita tertuduh, Aimi Shairah Ismail, 32, pula mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang sama dan minta dibicarakan.
Mahkamah menetapkan 15 Julai ini untuk tarikh sebutan semula kes.
Topic Berkaitan
#Mencuri
#pecah kedai
#Pramugara 'panjang tangan'
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami