MALAYSIA
Prasekolah sudah boleh dibuka? Ini lima tumpuan sidang media PKPP

Kerajaan membenarkan operasi semua masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan kecuali masjid dan surau di zon merah. Gambar fail
Mesyuarat Khas Menteri-Menteri hari ini antara lain menyentuh mengenai pembukaan semula prasekolah dan taman bimbingan kanak-kanak (tabika).
Berikut lima perkara penting yang perlu anda tahu dalam sidang media harian PKPP hari ini:
1. Kerajaan membenarkan operasi semua masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan kecuali di zon merah. Masjid dan surau di negeri-negeri lain tertakluk keputusan pihak berkuasa agama negeri masing-masing.
2. Pada masa sama, kesemua 5,230 rumah ibadat bukan Islam di seluruh negara juga dibenarkan beroperasi tertakluk kepada kebenaran kerajaan negeri dan SOP yang ditetapkan.
3. Rakyat Malaysia yang berada di luar negara disaran membuat saringan COVID-19 tiga hari sebelum pulang ke Malaysia. Bagaimanapun, mereka masih perlu menjalani proses kuarantin wajib di kediaman masing-masing sejurus tiba di tanah air.
3. Kerajaan bersetuju dengan cadangan pembukaan prasekolah dan tabika bermula 1 Julai 2020. Bagaimanapun, SOP yang terperinci akan diumumkan oleh KPM.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami