awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prebet Adam meninggal dunia

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
30/03/2021
15:15 MYT
Prebet Adam meninggal dunia
Adam Jaafar atau lebih dikenali sebagai Prebet Adam meninggal dunia pada Selasa. -Facebook Demi Rakyat Johor
KUALA LUMPUR: Adam Jaafar, 60, atau lebih dikenali sebagai Prebet Adam yang pernah menggemparkan negara kerana mengamuk di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pada tahun 1987, meninggal dunia pada Selasa.
Allahyarham meninggal dunia tengah hari Selasa di Hospital Pulau Pinang, lapor MalaysiaGazette.
Adam yang berasal dari Sungai Pinang, George Town dikebumikan di Dato Keramat, namun ahli keluarganya yang dihubungi portal itu enggan memberi sebarang komen.
Sementara itu, portal PenangKini melaporkan, arwah menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.
Nama Prebet Adam tidak asing lagi kerana pernah menggegarkan negara dengan satu peristiwa amukan berdarah di Jalan Chow Kit kira-kira 32 tahun lepas.
Dalam insiden tersebut, Adam telah melepaskan tembakan rambang sehingga menyebabkan seorang lelaki yang sedang melalui kawasan itu terbunuh.
Adam yang ketika itu berusia 26 tahun terlepas hukuman mati dan dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta apabila disahkan mengalami masalah kesihatan mental sewaktu tragedi.
Topic Berkaitan
#Prebet Adam
#adam jaafar
#Chow Kit
#Amukan
#tembakan rambang
#mengamuk
#menggemparkan negara
#hospital tanjung rambutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan