awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Premis perlu pastikan penjarakan sosial tetap diamalkan semasa PKPP

Astro Awani
Astro Awani
08/06/2020
08:14 MYT
Premis perlu pastikan penjarakan sosial tetap diamalkan semasa PKPP
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, asas kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan adalah penjarakan sosial dan semua pihak harus mematuhinya. - Gambar hiasan
Pasaraya dan pemilik premis masih perlu memastikan pelanggannya mematuhi penjarakan sosial dan tidak membenarkan ramai pelanggan masuk dalam satu masa yang sama.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, asas kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan adalah penjarakan sosial dan semua pihak harus mematuhinya.
“Asas kepada SOP kita adalah penjarakan sosial. Alasan kita hadkan dari segi jumlah yang berada dalam pasarraya sebab kita takut bersesak-sesak. Kalau sesak, tidak mungkin berlaku penjarakan sosial.
“Perkara sama juga perlu dilakukan selepas PKPP dilaksanakan. Beratur satu meter antara satu sama lain, jumlah tidak boleh terlalu ramai supaya pastikan penjarakan sosial dapat dipatuhi.
“Saya harap penjarakan ini menjadi normal baharu kepada rakyat Malaysia,” katanya dalam sidang media harian di sini pada Isnin.
Tambah beliau, pelaksanaan itu turut terpakai kepada pengusaha bas yang masih lagi belum dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penuh.
“Syarat SOP yang perlu dipatuhi adalah penjarakan sosial. Kalau nak kapasiti penuh, tentu tiada penjarakan sosial. Bas, mereka yang turun naik pun kita tiada rekodkan, kalau ada jangkitan kepada penumpang lain, sukar untuk kita kesan.
“Setakat ini kita masih lagi tidak benarkan kapasiti penuh, hanya separuh saja dibenarkan,” katanya.
Topic Berkaitan
#bas
#ismail sabri yaakob
#kerajaan
#keselamatan
#Malaysia
#Media
#menteri
#operasi
#penjarakan sosial
#rakyat
#rakyat Malaysia
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan