IPOH: Semua premis perniagaan di bandar raya ini yang enggan mematuhi notis arahan pemasangan Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan akan dikenakan kompaun RM250.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, pendekatan itu mengikut Seksyen 107(2) Akta Kerajaan Tempatan, kerana melanggar syarat lesen seperti syarat am yang tertera di belakang setiap lesen premis perniagaan.
Katanya, selama ini Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengamalkan sikap toleransi dengan menasihati pemilik premis berkenaan, berbanding mengenakan tindakan kompaun.
"Memang kita nasihatkan semua premis perniagaan yang berlesen untuk memasang Jalur Gemilang, patutnya sekarang mereka sudah pun kibarkan sebab dekat Hari Kebangsaan.
"Kalau masih berdegil kita akan kenakan kompaun, tapi apapun kita masih bertolak ansur dan nasihatkan mereka terlebih dahulu, sebelum sebarang tindakan diambil.
"Tetapi seperti pengalaman sebelum ini, 95 peratus daripadanya (pemilik premis perniagaan) tiada masalah untuk kibar Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Kibar Jalur Gemilang Peringkat MBI 2023 di perkarangan MBI, di sini pada Isnin.
Dalam pada itu Rumaizi menambah, MBI telah mengeluarkan 4,000 notis pemasangan Jalur Gemilang kepada premis kerajaan dan swasta, di samping memasang 7,000 Jalur Gemilang di sekitar bandar raya ini.
Terdahulu pada program tersebut, Rumaizi bersama-sama barisan Ahli Majlis serta warga MBI berhimpun bagi menjayakan program sempena Hari Kebangsaan itu.
Selain itu, acara kemuncak disusuli dengan Rumaizi memasang Jalur Gemilang pada kenderaan rasmi MBI.
Aida Aziz
Mon Aug 21 2023
Rumaizi menyempurnakan Program Kibar Jalur Gemilang Peringkat MBI 2023 di perkarangan MBI, pada Isnin. - Gambar/ Astro AWANI
Manfaatkan NADI untuk tingkatkan taraf hidup, perkasa kemahiran - Dr Wan Azizah
Masyarakat digesa agar memanfaatkan kewujudan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk meningkatkan taraf hidup dan memperkasakan kemahiran diri.
KPDN Melaka rekod 50 kes kesalahan dalam tempoh 23 hari
Sebanyak 50 kes melibatkan pelbagai kesalahan di bawah akta kepenggunaan dengan denda berjumlah RM34,000 direkodkan dalam tempoh 23 hari bermula 1 Jan lepas.
Cabaran Internet dalam Pemulihan Syria: Ini Kisah dari Aleppo
"Selepas 14 tahun perang, Syria mula bangkit. Namun, cabaran besar seperti keterhubungan internet masih menghantui rakyatnya. Ikuti kisah inspirasi dari Aleppo, di mana rakyat Syria berusaha membina semula kehidupan mereka bersama Editor Media Sosial Astro AWANI, Hilal Azmi.
#SyriaBangkit #AWANInews
#SyriaBangkit #AWANInews
Himpunan Rakyat Benci Rasuah kemuka tiga tuntutan
Tiga tuntutan itu ialah menyegerakan pemisahan Pejabat Peguam Negara (AGC) dari Pejabat Perdana Menteri, pembebasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dari kuasa eksekutif, dan pelaksanaan Akta Pendanaan Politik.
Polis buru saki baki suspek kes tembak di Tanjung Rhu, Banting
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berusaha mengesan dan memburu saki baki kumpulan warga asing yang bertindak menyerang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Tanjung Rhu, Banting, Selangor
#AWANIRingkas 25 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 Januari 2025
1️⃣ Peserta kemuka tiga tuntutan
2️⃣ Serbuan ke atas klinik haram dipertingkat
3️⃣ Kelulusan permohonan kerakyatan dalam sebulan
#awaniringkas
1️⃣ Peserta kemuka tiga tuntutan
2️⃣ Serbuan ke atas klinik haram dipertingkat
3️⃣ Kelulusan permohonan kerakyatan dalam sebulan
#awaniringkas
JPJ kutip RM12.5 juta saman tertunggak menerusi inisiatif kompaun khas RM150
Mereka yang gagal membayar tunggakan saman juga tidak boleh memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan sehingga ia dijelaskan.
British Council boleh 'lenyap' dalam sedekad tanpa bantuan kewangan
British Council terdapat di 100 negara di seluruh dunia tetapi kini terpaksa mempertimbang untuk menutup operasi di 30 hingga 40 negara.
Pearly-Thinaah mara ke pentas akhir Masters Indonesia 2025
Gandingan negara itu ambil masa 52 minit untuk singkirkan pasangan dari Korea Selatan, 21-19, 21-16.
AWANI Ringkas: Himpunan Rakyat Benci Rasuah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Polis siasat himpunan kibar Jalur Gemilang di Menara Condong
Polis akan menyiasat penganjuran himpunan kibarkan Jalur Gemilang di Dataran Menara Condong, Teluk Intan pada Sabtu.
Insiden kibar bendera China, Persatuan Guan Gong mohon maaf
Soon Boon Hua berkata tindakan mengibarkan bendera negara lain tidak dirancang dalam tentatif sedia ada oleh pihak pengelola.
Perhimpunan di Sri Aman acara kemuncak sambutan Hari Malaysia Sarawak
Pertunjukan kebudayaan masyarakat tempatan, deklamasi puisi dan persembahan hiburan menjadi antara pengisian aktiviti pada majlis perhimpunan yang dihadiri kira-kira 3,000 hadirin.
Rakyat Malaysia di luar negara sambut Hari Kebangsaan ke-67 dengan upacara patriotik
Perhimpunan itu memberikan ruang untuk komuniti Malaysia menjalin hubungan, meraikan warisan bersama, dan memperkukuh identiti kebangsaan mereka.
Dua hari siapkan baju bertema Jalur Gemilang
Program Sambutan Anak Merdeka bersempena Hari Kebangsaan ke- 67 tahun di Dewan Utama Memorial Tun Hussein Onn Kuala Lumpur dihadiri Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang pada Sabtu.
Lebih 200 rakyat Malaysia sambut Hari Kebangsaan di China
Penuntut Malaysia yang tinggal di Beijing, China teruja dengan sambutan Hari Kebangsaan anjuran Kedutaan Besar Malaysia itu.
Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67
Seramai 4,145 peserta dan 563 kenderaan daripada 111 kontinjen memeriahkan acara perbarisan dan perarakan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Pahang itu.
Lebih 50,000 meriahkan sambutan Hari Kebangsaan di Perak
Sambutan bermula dengan perarakan masuk kawalan kehormatan utama dari Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Division dengan iringan pasukan pancaragam KD Pelanduk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).