awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Motosikal diubah suai secara ekstrem antara 65 kenderaan disita JPJ KL
Gempa bumi lemah magnitud 3.4 dikesan di Bukit Kepong
Menara pencawang telekomunikasi di Sungai Perak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Premis perniagaan tidak ikut SOP akan ditutup - Exco P. Pinang

Bernama
Bernama
31/05/2020
21:52 MYT
Premis perniagaan tidak ikut SOP akan ditutup - Exco P. Pinang
Jagdeep Singh (kiri) bersama Datuk Bandar MBPP Datuk Yew Tung Seang (dua, kiri) melakukan pemantauan di sebuah restoran di George Town, 31 Mei, 2020. --fotoBERNAMA
Kerajaan Pulau Pinang tidak akan berkompromi dengan mana-mana premis perniagaan yang ingkar dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) semasa menjalankan perniagaan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Jagdeep Singh Deo berkata pihaknya akan mengarahkan penutupan terus premis-premis perniagaan di negeri ini yang tidak mematuhi SOP ditetapkan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mengejut di sebuah restoran nasi kandar di Jalan Burma yang ditutup 28 Mei lepas dan kembali dibuka semula setelah mengikuti SOP ditetapkan.
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah menutup tiga premis, membabitkan dua kedai makan iaitu kedai nasi kandar di Jalan Burma dan kedai makan di Lebuh Sungai Pinang 1, serta sebuah pasar mini di Jalan Gurdwara kerana melanggar SOP.
Beliau berkata berdasarkan pemeriksaan premis di bahagian pulau, sebanyak 99.6 peratus daripada 155,379 premis didapati mengikut SOP manakala di tanah besar sebanyak 99.2 peratus daripada 219,391 premis mematuhinya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Exco
#ingkar
#Jagdeep Singh Deo
#Kedai makan
#kerajaan
#langgar SOP
#operasi
#pasar mini
#pematuhan
#perniagaan
#PKPB
#Premis perniagaan
#pulau pinang
#restoran
#SOP
#tinjauan mengejut
#tutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan