awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia rendah pada sesi awal seiring Wall Street, tiada pemangkin baharu
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat, Johor berkurang pagi ini
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Premis tersenarai dalam sistem HIDE diarah tutup tiga hari serta merta

Bernama
Bernama
08/05/2021
20:22 MYT
Premis tersenarai dalam sistem HIDE diarah tutup tiga hari serta merta
Ismail Sabri berkata, semua aktiviti sosial, pendidikan dan ekonomi yang boleh menyebabkan perhimpunan, atau kesesakan awam tidak dibenarkan bagi tempoh mulai 10 Mei hingga 6 Jun. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Premis termasuk Bazar Ramadan yang tersenarai dalam sistem Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE), kerana dikenal pasti sebagai lokasi berisiko kepada penularan kes COVID-19, akan diarahkan ditutup selama tiga hari berkuat kuasa serta merta.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, aktiviti penguatkuasaan bagi semua premis akan dipantau oleh Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Pihak Berkuasa Tempatan.
"Kerajaan juga ingin memaklumkan, semua Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan ditutup bermula Isnin ini," katanya dalam kenyataan semalam.
Sistem HIDE, dibangunkan bersama oleh Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kesihatan, bertujuan memberi amaran awal dalam mencegah peningkatan jangkitan COVID-19, dengan menggunakan data daripada aplikasi MySejahtera.
Terdahulu, kerajaan telah menerbitkan senarai HIDE pertama premis perniagaan yang dikenal pasti sebagai titik panas COVID-19, yang berpotensi mendatangkan risiko penularan wabak tersebut.
BACA: Premis dalam sistem HIDE bukan disah sebagai kluster penyebaran - Khairy
BACA: COVID-19: Jauhi lokasi, premis berisiko tinggi dalam HIDE - Khairy
BACA: Premis berisiko sebar COVID-19 disenarai di bawah HIDE bermula 7 Mei
Dalam perkembangan lain Ismail Sabri berkata, semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran polis tidak dibenarkan berkuatkuasa Isnin ini (10 Mei) hingga 6 Jun di seluruh negara.
Semua aktiviti sosial, pendidikan dan ekonomi yang boleh menyebabkan perhimpunan, atau kesesakan awam serta aktiviti rasmi, sosial dan aktiviti bersemuka oleh kerajaan dan swasta di seluruh negara, juga tidak dibenarkan bagi tempoh sama.
"Bagaimanapun, keputusan ini akan disemak semula selepas dua minggu," katanya.
Dalam pada itu Ismail Sabri berkata aktiviti sukan dan rekreasi individu dan tidak bersentuhan fizikal dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1.5 meter yang dijalankan di kawasan terbuka dibenarkan bagi tujuan kesihatan.
"Pada ketika ini, kerajaan sentiasa meneliti prosedur operasi standard (SOP) dan sekiranya berlaku pertambahan kes harian, maka kerajaan akan mendapatkan nasihat dan juga penilaian risiko daripada Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membolehkan SOP itu diperketatkan," katanya.
Berhubung tangkapan ingkar SOP, Ismail Sabri memaklumkan seramai 332 individu ditahan atas kesalahan tersebut pada Jumaat dan daripada jumlah itu, seramai 331 individu dikompaun manakala seorang lagi direman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#tutup
#HIDE
#Premis
#hotspot
#titik panas
#risiko penularan
#MySejahtera
#Bank Negara Malaysia
#Ramadan
#Aidilfitri
#COVID-19
#PKP
#perhimpunan
#kesesakan awam
#sukan
#SOP
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan