Presiden Iran Dr Hassan Rouhani tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini hari ini untuk memulakan lawatan rasmi sulung dua hari ke Malaysia.
Ini merupakan lawatan pertama beliau ke negara ini sejak dilantik sebagai presiden pada 2013.
Rouhani tiba dengan jet peribadi pada 1.15 tengah hari, diiringi Menteri Hal Ehwal Luar Iran Dr Mohamad Javad Zarif, menteri Kabinet kanan dan para pegawai kanan kerajaan.
Ketibaan beliau disambut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan diberi sambutan permaidani merah dan berjalan melintasi kawalan kehormat terdiri daripada Rejimen Keenam Renjer Diraja.
Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata lawatan Rouhani ke Malaysia adalah sebahagian daripada jelajah beliau ke Asia Tenggara, yang turut merangkumi Vietnam dan Thailand.
Rouhani dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya dan kedua-dua pemimpin dijangka menyaksikan majlis menandatangani Triti Ekstradisi antara Malaysia dan Iran.
Wisma Putra berkata lawatan rasmi itu bertujuan mengukuhkan lagi hubungan akrab dua hala antara Malaysia dan Iran.
"Kedua-dua pihak dijangka membincangkan serta memperluaskan jaringan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang seperti perdagangan, pelaburan, minyak, tenaga, pendidikan, pembinaaan keupayaan dan pelancongan," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut menyebut susulan penarikan balik sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Iran sekali lagi menjadi tumpuan syarikat-syarikat Malaysia yang berminat mengeksport barangan dan menawarkan khidmat mereka ke negara itu yang dianggarkan mempunyai pasaran bernilai US$406 bilion.
Iran merupakan rakan dagang yang penting bagi Malaysia di kalangan negara-negara Timur Tengah, menurut kenyataan itu.
Wisma Putra berkata perdagangan dua hala antara Malaysia dan Iran mencatatkan peningkatan sejak awal tahun ini, dengan perdagangan berjumlah antara RM1.03 bilion (US$250.03 juta) antara Januari dan Jun 2016, iaitu peningkatan sebanyak 11.7 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2015.
Eksport utama Malaysia ke Iran pada tahun 2015 adalah minyak sawit (RM950 juta), kimia dan produk kimia (RM226 juta) dan getah asli mentah (RM222 juta), manakala produk utama Iran yang diimport ke Malaysia adalah produk pertanian (RM61 juta), produk petroleum (RM35 juta) dan baja dan mineral mentah (RM17 juta), menurut kenyataan itu. -Bernama
Bernama
Fri Oct 07 2016
Ini merupakan lawatan pertama beliau ke negara ini sejak dilantik sebagai presiden pada 2013. -Bernama
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Bekas Presiden Iran berdepan pertuduhan 'campur tangan' dalam Forex, pasaran saham
Rouhani, tokoh politik reformis, berkhidmat sebagai Presiden Iran selama dua penggal antara 2013 dan 2021.
Ebrahim Raisi presiden baharu Iran
Ebrahim Raisi kini secara rasminya memenangi Pilihan Raya Presiden Iran selepas memperoleh 62 peratus undi.
UNGA: Iran bidas AS tukar Asia Barat jadi rantau bahaya
Ia berkaitan penjualan senjata bernilai berbilion dolar kepada negara di rantau berkenaan.
Malaysia-Iran bekerjasama perangi COVID-19
Malaysia sedia bergabung dan bekerjasama dengan Iran dan memanfaatkan kekuatan masing-masing dalam usaha memerangi COVID-19.
COVID-19: Timbalan Presiden Iran antara 7 pegawai kerajaan disahkan positif
Timbalan Presiden Iran, Masoumeh Ebtekar menjadi antara sekurang-kurangnya tujuh pegawai kerajaan yang disahkan virus membawa maut itu.
Iran mula serang pangkalan tentera AS, puluhan peluru berpandu dilancar
Tiada maklumat mengenai kematian atau kecederaan akibat serangan itu dilaporkan setakat ini.
Trump beri amaran sasar 52 lokasi kepentingan Iran jika diancam
52 lokasi sasaran balas ke atas Iran itu bersamaan dengan jumlah warga tebusan Amerika Syarikat yang ditahan di Tehran pada 1979.
Pembunuhan Soleimani jenayah terbesar Amerika Syarikat - Iran
Presiden Iran Hassan Rouhani menyifatkan pembunuhan Soleimani sebagai jenayah terbesar oleh Amerika Syarikat.
PM Jepun dan Presiden Trump bincang isu Iran
Perbincangan itu berlaku pada hari sama Presiden Iran Hassan Rouhani menamatkan lawatan dua harinya ke Jepun.
Negara Islam jangan terlalu bergantung dolar AS - Dr Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut baik saranan Iran agar diwujudkan matawang kripto dengan kerjasama bank pusat negara masing-masing.