Presiden Korea Selatan Moon Jae-in yang tiba untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia diberi sambutan negara di Dataran Parlimen.
Ketibaan beliau dan isteri Kim Jung-sook pada jam 10.06 pagi disambut Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Turut hadir Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Upacara sambutan dimulakan dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan oleh Pancaragam Pusat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dari Pangkalan TLDM Lumut, diikuti tembakan meriam 21 das.
Presiden Moon kemudian memeriksa kawalan kehormat terdiri daripada enam pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Mohd Izham Ahmad Rashidi.
Beliau dan delegasi kemudian diperkenalkan kepada anggota Jemaah Menteri dan perwakilan diplomatik asing.
Presiden Moon menjadi ketua negara pertama menghadiri majlis yang dihoskan Yang di-Pertuan Agong sejak baginda menaiki takhta pada 31 Januari lepas.
Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata lawatan itu dijangka akan meningkatkan lagi hubungan Kuala Lumpur-Seoul di samping meletakkan asas baru bagi hubungan dua hala antara negara untuk berkembang.
Lawatan negara terakhir oleh Presiden Korea Selatan ke Malaysia adalah semasa Presiden Lee Myung-bak berada di sini dari 9 hingga 10 Disember 2010, bagi memperingati ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara dua negara.
President Moon juga dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan Dr Mahathir bagi membincangkan pelbagai isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama, menurut Wisma Putra.
President Moon dan Dr Mahathir juga akan menyaksikan majlis menandatangani empat memorandum persefahaman mengenai kerjasama industri yang berkaitan dengan Revolusi Industri Ke-empat (Industri 4.0), kerjasama dalam bidang pengangkutan dan pembangunan Smart City di Malaysia, di samping kerjasama dalam industri halal.
Beliau juga akan dirai dalam jamuan negara yang dihoskan oleh Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.
Tahun lepas, perdagangan dua hala antara Malaysia dan Korea Selatan mencatatkan peningkatan 7.2 peratus kepada USD17.98 bilion (RM72.60 bilion), berbanding USD15.76 bilion (RM67.71 bilion) pada tahun 2017.
Korea Selatan adalah rakan kongsi perdagangan global kelapan terbesar bagi Malaysia, dan Pelaburan Langsung Asing (FDI) ke-13 terbesar pada tahun 2018, manakala Malaysia pula adalah rakan dagangan ke-14 terbesar Korea Selatan bagi tempoh yang sama.
Wisma Putra juga berkata dari Januari hingga September 2018, sejumlah 463,004 pelancong dari Korea Selatan telah melawat Malaysia, yang merupakan peningkatan 33.1 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2017.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Mar 13 2019
Presiden Moon memeriksa kawalan kehormat dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Mohd Izham Ahmad Rashidi. (REUTERS)
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Presiden Korea diberi sambutan negara di Dataran Parlimen
Upacara sambutan dimulakan dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan oleh Pancaragam Pusat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dari Pangkalan TLDM Lumut diikuti tembakan meriam 21 das.
Francois Hollande terima sambutan negara
Presiden Perancis Francois Hollande yang tiba untuk lawatan negara dua hari ke Malaysia, diberi sambutan negara di Dataran Parlimen di sini, hari ini.
Raja Salman Abdulaziz diberi sambutan negara di Dataran Parlimen
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V menyambut ketibaan Raja Salman, yang melakukan lawatan sulungnya ke negara Asia Tenggara ini yang mempunyai 30 juta penduduk, pada 11.50 pagi.