awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden MBM dilantik sebagai Ahli Majlis Perundingan Mengenai Dasar Luar Negeri

Bernama
Bernama
21/04/2022
05:08 MYT
Presiden MBM dilantik sebagai Ahli Majlis Perundingan Mengenai Dasar Luar Negeri
Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Izzat Afifi Abd Hamid dilantik sebagai ahli baharu Majlis Perundingan Mengenai Dasar Luar Negeri (CCFP).
PUTRAJAYA: Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Izzat Afifi Abd Hamid dilantik sebagai ahli baharu Majlis Perundingan Mengenai Dasar Luar Negeri (CCFP).
Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam kenyataan hari ini berkata, pelantikan itu dibuat dengan mengambil kira pengalaman Mohd Izzat Afifi yang berupaya menyumbang ke arah proses penggubalan dasar luar negeri yang pragmatik serta berdaya tahan bagi menghadapi cabaran semasa, di samping mewakili suara golongan belia.
Sementara itu, mesyuarat CCFP kali pertama bagi tahun ini bersidang yang bersidang pada Rabu membincangkan dan memperhalusi beberapa isu yang mempunyai kepentingan secara langsung terhadap Malaysia dan Kementerian Luar.
Antara isu berkenaan termasuk konflik Ukraine dan Rusia, cadangan untuk meningkatkan keberkesanan bantuan-bantuan kemanusiaan, inisiatif mengetengahkan diplomasi bahasa dan kebudayaan, dan isu keselamatan makanan (food security).
Dalam mesyuarat ini, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar (Hubungan Dua Hala), Datuk Amran Mohamed Zin dan Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Pelbagai Hala), Datuk Cheong Loon Lai turut menyertai mesyuarat sebagai ahli ad-hoc bagi membincangkan isu-isu berkenaan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Izzat Afifi Abd Hamid
#Presiden MBM
#CCFP
#Majlis Perundingan Mengenai Dasar Luar Negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan