awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden PAS desak Berita Harian minta maaf dalam 24 jam

Astro Awani
Astro Awani
31/07/2015
07:19 MYT
Presiden PAS desak Berita Harian minta maaf dalam 24 jam
Abdul Hadi dalam satu kenyataan mendesak Berita Harian meminta maaf dan membuat pembetulan dalam masa 24 jam. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan laporan yang disiarkan Berita Harian yang mendakwa beliau memberi amaran kepada ahli Parlimen parti itu untuk tidak menyokong usul undi tidak percaya bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan jika diadakan di Dewan Rakyat.
Abdul Hadi dalam satu kenyataan pada Jumaat mendesak Berita Harian meminta maaf dan membuat pembetulan dalam masa 24 jam.
“Sekiranya pihak Berita Harian enggan berbuat demikian, pihak kami akan mengambil tindakan selanjutnya,” kata Abdul Hadi.
Berita Harian hari ini melaporkan, Abdul Hadi berkata tindakan tegas akan diambil terhadap ahli parlimen parti itu yang bersekongkol dengan PKR, DAP dan Gerakan Harapan Baru (GHB) untuk menjatuhkan Najib dengan cara tidak sihat.
Abdul Hadi dalam satu kenyataan mendesak Berita Harian meminta maaf dan membuat pembetulan dalam masa 24 jam.
“Sekiranya pihak Berita Harian enggan berbuat demikian, pihak kami akan mengambil tindakan selanjutnya,” kata Abdul Hadi.
Pada Selasa, pemimpin PKR, DAP dan GHB menyeru semua ahli parlimen termasuk dari Barisan Nasional (BN) mengemukakan undi tidak percaya kepada Najib.
Pengerusi GHB, Mohamad Sabu menjelaskan tindakan itu perlu bagi menyelamatkan masa depan negara.
"Seluruh negara kini menjadi mangsa apabila urusan pentadbiran negara dan pembangunan dikorbankan demi percaturan politik Najib.
"Kedegilan Najib untuk terus berkuasa akan mengheret negara dengan ketidaktentuan selagi ia tidak diselesaikan segera," katanya.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Berita Harian
#DAP
#Gerakan Harapan Baharu
#Najib Razak
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan