awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Poland lakukan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia

Bernama
Bernama
09/06/2025
02:10 MYT
Presiden Poland lakukan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia
Andrzej Duda akan mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia bermula Isnin (9 Jun) bagi mengukuhkan hubungan dua hala dan meluaskan kerjasama sedia ada. - Gambar Reuters
PUTRAJAYA: Presiden Poland, Andrzej Duda akan mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia bermula Isnin (9 Jun) bagi mengukuhkan hubungan dua hala dan meluaskan kerjasama sedia ada.
Lawatan itu yang merupakan kunjungan sulung beliau ke Malaysia sejak memegang jawatan pada Ogos 2015, berlangsung pada waktu yang bermakna bertepatan dengan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 manakala Poland selaku Presiden Majlis Kesatuan Eropah (EU) bagi separuh pertama tahun yang sama.
Kementerian Luar Malaysia yang juga dikenali sebagai Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan, Duda akan diiringi isterinya, Agata Kornhauser-Duda semasa lawatan itu.
Presiden Poland itu akan diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya pada Selasa diikuti dengan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan usaha memperkukuh kerjasama dua hala, termasuk bidang perdagangan dan pelaburan, industri pertahanan, pertanian, sektor halal dan agrokomoditi, menurut kenyataan itu.
Mereka juga dijangka bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama, tambah kenyataan itu.
Perdana Menteri akan menghoskan majlis jamuan rasmi di Kompleks Seri Perdana sebagai menghormati Presiden dan delegasinya.
Menurut Wisma Putra, Duda turut dijadual mengadakan lawatan ke Rejimen Kedua Kor Armor Diraja di Kem Sunggala, Port Dickson serta menyampaikan syarahan umum di Institut Asia-Eropah, Universiti Malaya.
Lawatan itu melambangkan hubungan erat dan mesra antara Malaysia dan Poland yang berteraskan kepada prinsip saling menghormati serta kerjasama erat sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 1971.
Pada 2024, Poland merupakan rakan dagang kelapan terbesar Malaysia dalam kalangan negara anggota Kesatuan Eropah, dengan jumlah dagangan dua hala meningkat 19.5 peratus kepada RM5.66 bilion berbanding 2023.
Eksport utama Malaysia ke Poland merangkumi produk elektrik dan elektronik, produk getah serta jentera, manakala import utama dari Poland terdiri daripada jentera, peralatan dan alat ganti, produk elektrik dan elektronik serta kelengkapan pengangkutan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Presiden Poland
#Andrzej Duda'
#lawatan rasmi
#Hubungan dua hala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan