Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata menggariskan formula "6K" sebagai resepi kekuatan UMNO untuk terus kukuh dan kekal relevan iaitu Ketaatan, Kesetiaan, Keberanian, Kesetiakawan, Kebijaksanaan dan Keikhlasan.
Selain itu, katanya UMNO terus subur dengan memastikan setiap anggotanya taat kepada Allah dan Rasul selain Ulul Amri iaitu pemimpin mereka.
Dengan ketaatan itulah UMNO menjadi tonggak perwatakan orang Melayu yang sejati, katanya ketika merasmikan sambutan ulang tahun ke-20 UMNO Bahagian Cheras di sini, malam Isnin.
Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Naib Ketua Wanita Umno Datuk Azizah Mohd Dun dan Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
Mengulas lanjut, Najib berkata amalan yang diterapkan kepada anggota UMNO ialah kesetiaan bukan sahaja kepada parti, malah kepada negara yang merupakan nilai amat besar ertinya.
"Yang ketiga ialah keberanian perjuangan. Tanamkan semangat keberanian dalam apa juga perjuangan kita demi parti.
"Keempat ialah kesetiakawanan tidak kira dalam senang atau dalam susah mesti bersama-sama. Bila ada pilihan raya, kita harapkan pada kawan. Kalau Cheras tak boleh menang, bantulah tempat lain," kata Najib.
Presiden UMNO itu berkata resepi kelima yang perlu ada dalam diri anggota parti adalah kebijaksanaan termasuk kemampuan menggunakan kecanggihan teknologi serta media sosial terkini.
"Kalau hentam sembrono sahaja, tidak boleh menang, teknologi mesti ada juga. Hari ini, kalau orang lawan pakai Facebook, kita lawan Facebook. Orang lawan dalam talian, kita pun lawan dalam talian," katanya.
Sambil menyatakan resepi keenam adalah keikhlasan, Najib menekankan pentingnya untuk mengingatkan diri masing-masing bahawa apa yang dilakukan adalah demi parti dan orang Melayu dan bukannya untuk agenda tersembunyi.
"Sekarang dah nak masuk Ramadan, banyakkanlah buat kebajikan dan ikhlas kerana Allah, bukan kerana ada sebab lain," katanya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata orang Melayu perlu melihat kembali kepada sejarah perjuangan terdahulu jika mahu terus berjaya dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan bangsa Melayu itu sendiri.
"Kenapa tradisi tidak jadikan orang Melayu bangsa yang gagah dan perkasa. Kerana kita berpecah ikut negeri masing-masing, ikut puak masing-masing, kelompok masing-masing.
"Penyatuan orang Melayu hanya jadi kenyataan bila Umno dilahirkan pada 1946. Ketika itulah kekuatan orang Melayu bermula, kekuatan yang bersandarkan pada nama parti kita Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)," kata Najib.
Pada majlis itu, Najib turut melancarkan 'Buku Minda Syed Ali' dan Buletin Edisi Khas 20 Tahun UMNO Cheras.
Beliau turut menerima peti mengandungi amanat Syed Ali yang kemudian diserah kepada Setiausaha UMNO Bahagian Cheras Datuk Syed Mehdhar Syed Abdullah untuk disimpan sebelum dibuka 20 tahun lagi.
Bernama
Tue Jun 24 2014
6K: Ketaatan, Kesetiaan, Keberanian, Kesetiakawan, Kebijaksanaan dan Keikhlasan
Final Jelajah Dunia BWF: 'Hidung berdarah' tak halang Tang Jie-Ee Wei atasi wakil Indonesia
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, meneruskan rentak kemenangan dalam saingan kumpulan B Final Jelajah Dunia BWF 2024.
Rusia kecam AS kerana pemindahan aset ke Ukraine
Kementerian Luar Negeri Rusia menyatakan bahawa pemindahan 20 bilion dollar oleh Amerika Syarikat kepada Ukraine, yang dibiayai menggunakan aset Rusia yang dibekukan, merupakan tindakan "rompakan semata-mata".
Kementerian itu menuduh negara-negara G7 mencuri aset kedaulatan Rusia dan menganggap langkah Jabatan Perbendaharaan Amerika sebagai bentuk pengambilan wang yang tidak sah.
Kementerian itu menuduh negara-negara G7 mencuri aset kedaulatan Rusia dan menganggap langkah Jabatan Perbendaharaan Amerika sebagai bentuk pengambilan wang yang tidak sah.
Presiden Korea harus digantung serta merta - Ketua PPP
Ketua Parti Kuasa Rakyat (PPP) Korea Selatan, Han Dong-Hoon menyatakan Presiden Yoon Suk Yeol harus digantung serta-merta daripada tugasnya.
Menurut Han, satu-satunya cara ialah penggubal undang-undang daripada parti pemerintah perlu melakukan undian untuk pendakwaan ke atas Yoon.
Menurut Han, satu-satunya cara ialah penggubal undang-undang daripada parti pemerintah perlu melakukan undian untuk pendakwaan ke atas Yoon.
Tumbangnya rejim Assad buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Kejatuhan pemerintahan Baath di Syria minggu ini telah membuka jalan kepada keamanan dan keselamatan di negara itu.
Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu yang turut mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu yang turut mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Lima pegawai, anggota PGA tolak sogokan RM50,000
Lima pegawai dan anggota dari Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) menerima sijil Penghargaan daripada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman pada Rabu.
Penghargaan itu diberikan atas tindakan mereka menolak sogokan berjumlah RM50,000 ringgit ketika penugasan OP Taring Wawasan di Kelantan, Isnin lalu.
Penghargaan itu diberikan atas tindakan mereka menolak sogokan berjumlah RM50,000 ringgit ketika penugasan OP Taring Wawasan di Kelantan, Isnin lalu.
Pesawah diminta daftar STTP untuk pampasan bencana alam
Sehubungan itu, Datuk Seri Mohamad Sabu meminta wakil rakyat memainkan peranan untuk membantu pesawah di kawasan masing-masing berdaftar dengan STTP supaya setiap daripada mereka dilindungi insuran diperkenalkan AgroBank.
Pengambilan guru dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
Menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, urusan pengambilan guru adalah dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku pihak berkuasa yang melantik dan guru yang berminat perlu mendaftar dalam portal MySPP.
Semua calon guru akan melalui proses yang sama dan digalakkan untuk membuat permohonan di MySPP dan akan diberi perhatian dalam semua aspek semasa sesi temuduga.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Semua calon guru akan melalui proses yang sama dan digalakkan untuk membuat permohonan di MySPP dan akan diberi perhatian dalam semua aspek semasa sesi temuduga.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
98 peratus pengisian guru di Sarawak setakat 11 Disember
Sepanjang 2024, KPM berjaya menempatkan seramai 13,749 orang guru baharu lantikan tetap dan lantikan Contract of Service bagi sekolah rendah dan menengah ke seluruh negara.
Pengguna iPhone kini boleh kongsi fail dengan pantas ke peranti Windows seakan Airdrop
Pengguna iPhone Kini Boleh Kongsi Fail Dengan Pantas Ke Peranti Windows Seakan AirDrop
Banjir: Arus deras ranapkan kediaman didiami enam beranak
Asmah Ibrahim, 64 tahun tidak menyangka rumah batu yang didiami sejak puluhan tahun itu ranap dek kerana banjir kali ini.
Istana Pahang tidak beri kenyataan isu Titah Adendum
Istana Pahang tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu Titah Addendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang dikemukakan oleh Datuk Seri Mohammad Najib Tun Abdul Razak di Mahkamah Tinggi.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Titah Adendum: Tidak munasabah ulas isu dalam prosiding mahkamah secara terbuka - Anwar
Perdana Menteri menegaskan bahawa isu kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Datuk Seri Najib menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah tidak wajar diulas secara terbuka.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Kenapa sembunyi titah adendum Najib? - Muhammad Shafee
Peguam Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan kenapa titah adendum terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disembunyikan.
1MDB: 'Saya bukan tidak siuman untuk minta bukti dokumen jejas pembelaan' - Najib
Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, beliau bukan tidak siuman untuk meminta bukti dokumen yang boleh menjejaskan pembelaan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1MDB.
Keputusan permohonan Tommy Thomas supaya Hakim Roz Mawar tarik diri 14 Jan
Mahkamah Tinggi menetapkan 14 Jan 2025 untuk keputusan permohonan Tommy Thomas agar Hakim Roz Mawar Rozain menarik diri daripada mendengar kes saman terhadapnya.
Titah adendum: Anak Najib persoal mengapa perlu sembunyi kebenaran
Anak kepada bekas Perdana Menteri Datuk, Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd Nazifuddin Najib mempersoal mengapa perlu menyembunyikan kebenaran berkaitan titah adendum.
Saya sentiasa telus, tiada apa yang hendak disembunyikan mengenai derma Arab Saudi - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu beliau telus dan tidak ada apa-apa untuk disembunyikan mengenai derma Arab Saudi.