NEW DELHI: Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida pada Ahad bersetuju untuk berusaha ke arah merealisasikan sidang kemuncak tiga hala dengan China, lapor Agensi Berita Yonhap memetik pejabat presiden.
Kedua-dua pemimpin itu mengadakan perbincangan di luar sidang kemuncak Kumpulan 20 (G20) di New Delhi, menyatakan kegembiraan mereka bertemu sebanyak enam kali sejak Mac, ketika Yoon melakukan lawatan ke Tokyo untuk memperbaiki hubungan dua hala yang terjejas teruk akibat pertikaian sejarah.
"Presiden berkata kedua-dua negara wajar meneruskan pertemuan aktif pada separuh kedua tahun ini dan dengan lancar melaksanakan proses untuk mengadakan sidang kemuncak Korea Selatan-Jepun-China.
"Perdana Menteri Kishida berkata beliau akan bertindak balas secara aktif," menurut pejabat presiden dalam kenyataan akhbar.
Sebagai pengerusi semasa sidang kemuncak tiga hala, Korea Selatan telah berusaha untuk menjadi tuan rumah mesyuarat seterusnya sebelum akhir tahun ini.
Sidang kemuncak itu tidak diadakan sejak 2019 kerana pertikaian sejarah antara Seoul dan Tokyo, dan wabak COVID-19.
Yoon dan Kishida membincangkan perkembangan terkini dalam hubungan Korea Selatan-Jepun, dan bersetuju untuk bekerjasama dan memberi sumbangan bersama secara bertanggungjawab mengenai isu-isu global.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 10 2023
Kedua-dua pemimpin itu mengadakan perbincangan di luar sidang kemuncak Kumpulan 20 (G20) di New Delhi. - Foto AP
[TERKINI] KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau dengan teliti trajektori gelombang peningkatan dua kali ganda kes COVID-19 yang dilaporkan oleh Singapura baru-baru ini.
Lee Zii Jia melangkah ke akhir terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki nombor satu Malaysia Lee Zii Jia selangkah untuk memenangi gelaran pertamanya tahun ini.
Ia selepas zii jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
Ia selepas zii jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
Negara perlu 84 balai bomba baharu - KPKT
Sebanyak 84 balai bomba baharu diperlukan dalam usaha meningkatkan kualiti, kemampuan dan kecekapan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyalurkan perkhidmatan kepada masyarakat di seluruh negara.
Kestabilan politik bawa kemajuan di Sarawak - Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kestabilan politik telah membawa banyak pembangunan dan kemajuan di Sarawak.
Tiada cadangan tarik balik laporan polis - Naim Daniel
PENYANYI Naim Daniel menyerahkan segala urusan kepada pihak polis selepas individu yang mengugut bunuh ibu bapanya ditahan baru-baru ini.
[TERKINI] Mayat pemancing hilang di Tasik Pedu ditemui
Mayat Ooi Swee Hin berusia,41 tahun, ditemui pada jarak 1 kilometer dari lokasi dilaporkan terjatuh pada jam 8.05 pagi.
KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
KKM akan terus memantau keadaan tersebut dan sistem kesihatan ketika ini bersedia untuk menghadapi sebarang lonjakan kes.
Afrika Selatan seru tindakan global hukum Israel
Usaha berterusan Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam kes genosid terhadap Israel menekankan pendekatan undang-undang antarabangsa yang berterusan ke arah menamatkan krisis kemanusiaan di Gaza.
AWANI Ringkas: Ribuan peserta berarak di ibu kota Kuala Lumpur
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
UAE sumbang 100 tan bantuan makanan, perubatan untuk mangsa banjir di Brazil
Dua lagi pesawat dijadual dihantar dalam tempoh dua hari lagi membawa 200 tan bantuan.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Nilai ringgit menyusut bukan isu kepada pelabur - PM Anwar
Malah jelasnya, mereka memandang kepada isu-isu berkaitan asas ekonomi lain seperti inflasi, pasaran saham dan pengangguran.
Nasib Australia terletak pada Asia Tenggara - PM Anthony Albanese
Australia komited untuk bekerjasama dengan pemimpin ASEAN, kerana nasib negara mereka terletak pada Asia Tenggara.
Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia: Malaysia gariskan lima bidang tumpuan untuk diperkukuhkan
Bagi memperkukuhkan hubungan akrab ASEAN-Australia, Malaysia menggariskan lima bidang tumpuan untuk diperluaskan.
Timbalan Menteri Luar ketuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Tergempar OIC di Jeddah
Mohamad Alamin akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Tergempar Majlis Menteri Menteri Luar Negeri Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Jeddah, Arab Saudi pada Selasa (5 Mac).
Malaysia gesa masyarakat dunia hormat sesama kaum, agama
Beliau turut menjadikan Australia sebagai contoh negara yang menghormati komuniti minoriti Islam dalam kalangan masyarakatnya.
Kadar penyertaan tenaga buruh wanita dalam sektor pekerjaan masih jauh ketinggalan berbanding lelaki
Kadar penyertaan tenaga buruh wanita dalam sektor pekerjaan di negara ini masih jauh ketinggalan berbanding tenaga buruh lelaki.
Malaysia gesa NAM gandakan usaha henti kekejaman Israel - Mohamad
Beliau juga menyatakan sokongan Malaysia bagi penganjuran persidangan antarabangsa diterajui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menubuhkan negara Palestin yang merdeka.
Malaysia galakkan penerusan kerjasama ASEAN-Jepun bagi tingkatkan standard keselamatan siber - PM Anwar
Malaysia menggalakkan penerusan kepada kerjasama ASEAN-Jepun, untuk meningkatkan lagi standard keselamatan siber di rantau Asia Tenggara.
PM Thailand Srettha akan hadir Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun
Sidang kemuncak itu akan membincangkan langkah kehadapan dalam memajukan Perkongsian Strategik Komprehensif ASEAN-Jepun.